Friday, June 3, 2011

Tok Janggut


Jumpa lagi 'Tok Janggut' untuk dua hari berturut-turut lat weekend.

Hari Sabtu kat Masjid Ar-Ridhuan, Ulu Kelang memang ramai orang termasuk 600 orang pelajar maahad tahfiz. Sejuk je dok tengok bebudak ni... Ahmad Haikal pun mata dok kenan nak pakai macam 'abang tu'.
pic source : Facebook
Masjid Ar Ridhuan, Ulu Kelang
Dalam masa yang sama di dalam kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz akan merasmikan pelancaran tabung untuk membina dan membaikpulih bangunan yang akan menjadi pusat penyeliaan sekolah tahfiz sekitar Selangor yang bertempat di Sungai Kertas, Gombak.

Alhamdulillah... setakat hari itu sahaja derma masjid yang dapat dikumpul berjumlah RM19K. Tapi masih tak dapat pecah rekod yang sebelum ini iaitu RM24K.

Keesokkannya pula, kami sefamili menuju ke Seksyen 5, Kota Damansara. Kami sampai awal juga dalam pukul 6.30pm waktu tu tak berapa ramai orang lagi. Lepas tu memang tak putus-putus jemaah yang sampai.
pic source : Facebook
Masjid Kota Damansara, Seksyen 5
Jemaah lelaki penuh sampai ke tangga masjid... nasib ada disediakan khemah itupun penuh juga. Alhamdulillah... ramai yang sukakan majlis ilmu.

p/s : puas hati dapat jumpa 2 hari... nanti akan bertemu lagi di bulan Julai. Insyallah.

No comments: