Monday, June 20, 2011

over the week-end

Saya seorang peminat movie... tapi saya lebih suka dapat landing di depan peti televisyen tanpa perlu menghidu stokin busuk penonton lain di panggung wayang. Lebih utama lagi saya tidak mahu berlaku pembaziran di atas subscription channel movie saya. Jadi di hujung minggu itulah masanya saya bersantai menambahkan beberapa gram lemak. Mahu tidaknya saya akan memastikan disebelah saya mempunyai segelas kopi dan semangkuk makanan ringan. Walaupun ringan tetapi dapat menjadikan berat saya bertambah dari ke hari.

Sekian kemerepekan saya.

Ok berbalik di bumi nyata. Hujung minggu lalu di astro movie. Banyak cerita yang mengikut selera.

Cerita ni dah tengok 3 kali. Romantik... tentang Sophie dengan tunangnya yang tak langsung romantik bertemu dengan Charlie yang agak sedikit romantik. Cujie suka tengok suasana dalam movie tersebut, cantik.

Ini pun romantik juga. Ryden Malby ni asyik mengejar matlamat hidup dia langsung tak sedar yang sebenarnya dia jatuh cinta dengan kawan baik dia.

Movie ni komedi romantik. Joe yang serba serbi sederhana tetiba menemui Molly yang serba serbi perfect. Disebabkan kurang keyakinan dan ejekan kawan-kawan serta keluarga Joe menghadapi tekanan dalam hubungan dia dan Molly. Movie ni buat cujie ketawa...

p/s : moral of the story tuan belog ini memang suka cerita romantika de amour...

No comments: