Friday, June 24, 2011

Mid Year ~ Assessment Report

Kalau dulu teringat masa nak beritahu arwah abah, cikgu di sekolah ada buat hari terbuka di mana di hari tersebut perjumpaan ibubapa dan cikgu membincangkan tentang prestasi kita di sekolah. Dah la tu... kalau datang sorang tu takpe. Ini mak dengan abah datang sekali... mau tak kecut perut.
Tahun ni Ahmad Haikal lebih didedahkan untuk persediaan masuk darjah 1. Teacher Ambihaa dok cerita la dia dalam kelas macamana. Masa tahun lepas Teacher Carol cakap confident level dia kurang. Tapi tahun ni ada improvement. Setiap subjek pun dia ada improvement. Kalau maths tu addition dia dah ok cumanya subtraction masih belum melaju lagi... still teragak-agak.
Kalau buat homework bila disuruh buat sendiri, dia akan buat tapi bila dah dapat jawapan mesti pandang muka kita dulu sebelum menulis. Macam tu juga kalau membaca... kalau tak dapat kena eja bila dah eja sebelum sebut ayat tu mesti pandang muka ummi dia dulu. Sumber inspirasi menurut kata Cik Aisyah >>> kawan office cujie.
Untuk setengah tahun pertama ni apa yang boleh nampak dia dah start boleh membaca dalam Bahasa Malaysia. Dalam bahasa Inggeris tu... dia dah tahu ayat yang biasa macam is, the, a, and memacam la... lebih sikit la kebolehan membaca dia daripada bahasa melayu. Teacher kat sekolah gunakan buku Kohwai & Young (Paul & Mary series) untuk bahasa melayu dan English.
Cumanya dari segi komunikasi bahasa melayu dia macam shin chan. Sape tengok kartun shin chan tau la bahasa melayu dia macamana. Tunggang terbalik sikit. Mak cujie kata nanti dia besar dia tau sendiri... hah tulisan dia pun sederhana kemas, terperanjat cujie tengok tulisan budak lelaki sebaya dia macam tulisan perempuan... tulisan tu terlalu kemas la untuk umur 6 tahun. Plak tu dia first year masuk situ tak tahu menulis dan membaca... jenis budak cepat.
Setiap hari kalau tak pergi kuliah maghrib di masjid... Ahmad Haikal mengaji Iqra dan kemudiannya duduk setengah jam untuk membaca buku Mary & Paul. Lepas semua selesai baru ummi dapat rest.

Tahun depan Alesha plak!

No comments: