Tuesday, June 14, 2011

Free from diapers

Cecah je umur Alesha genap 3 tahun... cujie pun cakap dalam sudah² la tu Alesha berdiapers. Sampai bila... actually genap umur dia 2 tahun, cujie cuba juga untuk memerdekakan Alesha. Tapi ternyata azam tak kuat masa itu.

Mendengarkan kata² orang... anak perempuan ni cepat sikit free diapers berbanding anak lelaki. Ok cujie cuba... mungkin masa itu cujie tak kuat semangat dan down setiap kali Alesha kencing depan pintu toilet atau sengaja kencing tepi lemari tv... cujie pun dalam hati berkata belum masanya lagi. Padahal cujie yang tak kuat semangat, patah hati... azam tak jitu.

Dari bulan ke sebulan sentiasa cuba tapi selalu patah hati. Dalam masa yang sama hubby still keep saying anak dia belum bersedia... dan dia mampu nak beli diapers anak dia sampai anak dia sendiri dah taknak pakai diapers. Cet... dia tak tahan tengok anak dia kena marah. Lagipun cujie hanya ada sabtu dan ahad untuk toilet training nih...

Ok genap 3 tahun pada bulan May hari tu, cujie kasi gerak gempur... cara-caranya ialah :

1. Bangun pagi terus mandi >>> selama ni kadang delay juga mandikan diorang ni

2. Selalu tanya dia nak pegi toilet tak... ingatkan dia

3. Every half an hour bawa dia ke toilet... lama-kelamaan jarakkan setiap 1 jam

4. Berikan pujian dan tepukan setiap kali dia berjaya melaksanakan hajatnya di tempat yang betul

5. Sekiranya dia 'TER' sila marah dan dengan itu dia tahu akan kesalahannya.

6. Selain itu selalu juga cakap kat dia malu pakai diapers ni...

Yang pasti sekarang ni ayah dia yang terlebih bangga dengan kejayaan anak dara yang free diapers. Maklumlah ayah pon dok pening memikirkan harga diapers yang makin naik. Dan tak perlu lagi nak pegi survey harga diapers kat mana murah...

Tahniah dan syabas to Alesha... cuma sekarang ni latihan masih belum tamat. Latihan sebelah malam keep on going sehingga berjaya.


No comments: