Wednesday, June 29, 2011

#3. Wordless Wednesday

Friday, June 24, 2011

Mid Year ~ Assessment Report

Kalau dulu teringat masa nak beritahu arwah abah, cikgu di sekolah ada buat hari terbuka di mana di hari tersebut perjumpaan ibubapa dan cikgu membincangkan tentang prestasi kita di sekolah. Dah la tu... kalau datang sorang tu takpe. Ini mak dengan abah datang sekali... mau tak kecut perut.
Tahun ni Ahmad Haikal lebih didedahkan untuk persediaan masuk darjah 1. Teacher Ambihaa dok cerita la dia dalam kelas macamana. Masa tahun lepas Teacher Carol cakap confident level dia kurang. Tapi tahun ni ada improvement. Setiap subjek pun dia ada improvement. Kalau maths tu addition dia dah ok cumanya subtraction masih belum melaju lagi... still teragak-agak.
Kalau buat homework bila disuruh buat sendiri, dia akan buat tapi bila dah dapat jawapan mesti pandang muka kita dulu sebelum menulis. Macam tu juga kalau membaca... kalau tak dapat kena eja bila dah eja sebelum sebut ayat tu mesti pandang muka ummi dia dulu. Sumber inspirasi menurut kata Cik Aisyah >>> kawan office cujie.
Untuk setengah tahun pertama ni apa yang boleh nampak dia dah start boleh membaca dalam Bahasa Malaysia. Dalam bahasa Inggeris tu... dia dah tahu ayat yang biasa macam is, the, a, and memacam la... lebih sikit la kebolehan membaca dia daripada bahasa melayu. Teacher kat sekolah gunakan buku Kohwai & Young (Paul & Mary series) untuk bahasa melayu dan English.
Cumanya dari segi komunikasi bahasa melayu dia macam shin chan. Sape tengok kartun shin chan tau la bahasa melayu dia macamana. Tunggang terbalik sikit. Mak cujie kata nanti dia besar dia tau sendiri... hah tulisan dia pun sederhana kemas, terperanjat cujie tengok tulisan budak lelaki sebaya dia macam tulisan perempuan... tulisan tu terlalu kemas la untuk umur 6 tahun. Plak tu dia first year masuk situ tak tahu menulis dan membaca... jenis budak cepat.
Setiap hari kalau tak pergi kuliah maghrib di masjid... Ahmad Haikal mengaji Iqra dan kemudiannya duduk setengah jam untuk membaca buku Mary & Paul. Lepas semua selesai baru ummi dapat rest.

Tahun depan Alesha plak!

Thursday, June 23, 2011

for the good reason...

Sometimes ago I’ve heard one of my friends complaint about children who make noise and interrupted Jemaah at masjid. It’s make me worried to bring my kiddos to the masjid during the Ramadhan for terawih prayers.

Until one day, my hubby asked me to follow him to masjid… because that day Ustaz Abdullah Iraqi will going to give the kuliah after Maghrib prayers session. Alhamdulillah the kiddos well behave during the kuliah. Both of them will be separated by us… Ahmad Haikal with hubby and Alesha is with me.

I want to make the clearance here… suppose the friend of mine should think about it again. Malay proverbs “Melentur buluh biar dari rebungnya” it very perfectly and clear to make us understand what the meaning of the proverbs. It’s good to bring them while they young. Then to make them to understand the masjid it’s just not the place for prayers only. And why not we exposed them to hear and learn the kuliah together.

But parents who bring the kids have to make sure your kids not interrupt the Jemaah. Jemaah and parents must give and take. The Jemaah also has to remember that the kids are still innocent and sinless if the kid misbehaves. We can’t scold them roughly; this will make them dislike the masjid and maybe the religion. It is very important to raise our children with a strong attachment and love for their religion, and community, and thus it is important for them to have a strong and positive attachment to the mosque from a young age, especially in non-Muslim environments. We should treat them with gentleness and mercy, and firm when it necessary.

Alhamdulillah at our neighborhood this thing is not the big issues. The makciks loves to layan the kiddos too...

Thus, we find in authentic hadiths that the Messenger of Allah (Allah bless him and give him peace) used to pray while carrying children, including Umama the daughter of Zaynab (Allah be pleased with her) [Bukhari and Muslim], Hasan and Hussain, and others. At the same time, he commanded that children be kept away from the mosque [Ibn Maja]. The latter is understood to mean when it is feared that they will soil the mosque, or it is feared that they will cause a nuisance, or if they are generally unattended.

The Messenger of Allah (Allah bless him and give him peace) said, Those who do not have mercy for our young and respect for our elders is not of us.[Tirmidhi]

Jom gi kuliah
Love this song... Ahmad Haikal & Alesha too...

Wednesday, June 22, 2011

#2. Wordless Wednesday


Tuesday, June 21, 2011

PJ's 5th years

Sempena 5 tahun pengisytiharan Petaling Jaya sebagai bandaraya, MBPJ mengadakan pertunjukkan akrobatik yang bannernya ada di merata-rata tempat. Diadakan pada 19 Jun 2011 pukul 8pm...

What do you expect... cujie jawab, owh mestilah tepat jam 8pm tu ada orang naik motor dok buat pertunjukkan sambil buat aksi hebat melompat, terjun dari motor yang sedang berjalan. Aksi ngeri of course.
Bawa kiddos mesti diorang happy. After Maghrib the whole family bertolak menuju stadium MBPJ Kelana Jaya. Masa sampai tu around 8.30pm dah start dengan kawad kaki formasi. Ingatkan sekali dua pertunjukkan kawad kaki rupanya boleh dikatakan hampir semua majlis perbandaran yang ada di Selangor turut serta. Terbayang masa arwah abah bawa tengok pertunjukkan tato polis. Suasana lebih kurang...
Yang boleh buat kiddos happy bila ada maskot tiger, bees, lion, deer dan upin ipin. Lepas habis kawad kaki ada marching oleh majlis perbandaran Selangor pusing keliling over the stadium until 10.30pm. Ahmad Haikal pun complaint sleepy... dia nak balik dah. So we decided to go back and let go the acrobatic show.
Masa berjalan menuju ke kereta... diorang baru nak buat ucapan aluan dari Datuk Bandar and maybe Menteri Besar pun akan berucap lepas tu... silap la diorang buat hari ahad. Kalau hari sabtu malam minggu ok juga.
p/s : Petaling Jaya diisytiharkan sebagai bandaraya pada 20.06.2006. Nice date, hah?

Monday, June 20, 2011

over the week-end

Saya seorang peminat movie... tapi saya lebih suka dapat landing di depan peti televisyen tanpa perlu menghidu stokin busuk penonton lain di panggung wayang. Lebih utama lagi saya tidak mahu berlaku pembaziran di atas subscription channel movie saya. Jadi di hujung minggu itulah masanya saya bersantai menambahkan beberapa gram lemak. Mahu tidaknya saya akan memastikan disebelah saya mempunyai segelas kopi dan semangkuk makanan ringan. Walaupun ringan tetapi dapat menjadikan berat saya bertambah dari ke hari.

Sekian kemerepekan saya.

Ok berbalik di bumi nyata. Hujung minggu lalu di astro movie. Banyak cerita yang mengikut selera.

Cerita ni dah tengok 3 kali. Romantik... tentang Sophie dengan tunangnya yang tak langsung romantik bertemu dengan Charlie yang agak sedikit romantik. Cujie suka tengok suasana dalam movie tersebut, cantik.

Ini pun romantik juga. Ryden Malby ni asyik mengejar matlamat hidup dia langsung tak sedar yang sebenarnya dia jatuh cinta dengan kawan baik dia.

Movie ni komedi romantik. Joe yang serba serbi sederhana tetiba menemui Molly yang serba serbi perfect. Disebabkan kurang keyakinan dan ejekan kawan-kawan serta keluarga Joe menghadapi tekanan dalam hubungan dia dan Molly. Movie ni buat cujie ketawa...

p/s : moral of the story tuan belog ini memang suka cerita romantika de amour...

Friday, June 17, 2011

Fourth visits to Book Xcess

Really happy sebab dah lama tak jenguk kedai buku. Hidup tak lengkap kalau takde buku nak dibaca sekarang ni. Nak plak kalau nak memupuk budaya mestilah parents menunjukkan contoh tauladan. Jangan plak menjadi ketam menyuruh anak berjalan lurus. Ntah apa kena mengena dengan perbuatan berjalan itu dengan memupuk budaya membaca. Tu la melayu suka sangat nak tuduh sampai ketam pun jadi mangsa. Tak pernah nak mengaku salah sendiri. isk!

Cujie biasanya membaca buku after Isyak prayers dan setelah settle semua perkara seperti homework Ahmad Haikal, layan kiddos main sekejap... siapkan satu sorang tumbler penuh yang kadangnya air oren kadang pula blackcurrent dan semangkuk biskut untuk kudapan kiddos di waktu malam. Barulah dapat membaca...

So yesterday manage to grab 2 + 1 books... the yummy mummy, the chocolate run & the cupid effect (2 books in 1).
Boleh duduk sesenyap selama 3 bulan...

Wednesday, June 15, 2011

#1. Wordless Wednesday

Tuesday, June 14, 2011

Free from diapers

Cecah je umur Alesha genap 3 tahun... cujie pun cakap dalam sudah² la tu Alesha berdiapers. Sampai bila... actually genap umur dia 2 tahun, cujie cuba juga untuk memerdekakan Alesha. Tapi ternyata azam tak kuat masa itu.

Mendengarkan kata² orang... anak perempuan ni cepat sikit free diapers berbanding anak lelaki. Ok cujie cuba... mungkin masa itu cujie tak kuat semangat dan down setiap kali Alesha kencing depan pintu toilet atau sengaja kencing tepi lemari tv... cujie pun dalam hati berkata belum masanya lagi. Padahal cujie yang tak kuat semangat, patah hati... azam tak jitu.

Dari bulan ke sebulan sentiasa cuba tapi selalu patah hati. Dalam masa yang sama hubby still keep saying anak dia belum bersedia... dan dia mampu nak beli diapers anak dia sampai anak dia sendiri dah taknak pakai diapers. Cet... dia tak tahan tengok anak dia kena marah. Lagipun cujie hanya ada sabtu dan ahad untuk toilet training nih...

Ok genap 3 tahun pada bulan May hari tu, cujie kasi gerak gempur... cara-caranya ialah :

1. Bangun pagi terus mandi >>> selama ni kadang delay juga mandikan diorang ni

2. Selalu tanya dia nak pegi toilet tak... ingatkan dia

3. Every half an hour bawa dia ke toilet... lama-kelamaan jarakkan setiap 1 jam

4. Berikan pujian dan tepukan setiap kali dia berjaya melaksanakan hajatnya di tempat yang betul

5. Sekiranya dia 'TER' sila marah dan dengan itu dia tahu akan kesalahannya.

6. Selain itu selalu juga cakap kat dia malu pakai diapers ni...

Yang pasti sekarang ni ayah dia yang terlebih bangga dengan kejayaan anak dara yang free diapers. Maklumlah ayah pon dok pening memikirkan harga diapers yang makin naik. Dan tak perlu lagi nak pegi survey harga diapers kat mana murah...

Tahniah dan syabas to Alesha... cuma sekarang ni latihan masih belum tamat. Latihan sebelah malam keep on going sehingga berjaya.


Thursday, June 9, 2011

sessi memanaskan oven

Lama juga oven hitam tu berehat... tuan dia malas. Malas sangat²... asyik nak duduk berbaring tengok movie. Tetau naik 10kgs padan muka! Malas sangat ini la padahnya.
digital scale tu nyaris masuk Sungai Klang, meragam!
Ini pun nasib teacher's Ahmad Haikal buat Teacher's Day kat sekolah. Encik bekas tunang tu pun cadang buat kek coklat untuk dibawa ke sekolah daripada beli makanan yang bebukan kasi kids makan. Lebih elok bawa kek coklat buatan sendiri... selain itu buatkan apam polka dot tu...
hibernate di dalam sana...
Nasib baik dah agak terror planning untuk buat yang mana dulu. Disebabkan kesuntukan masa kena buat 2 mende dalam satu masa. Dengan anak celah kaki... sibuk sama macam nak masuk sekali dalam mixer. The result memang puas hati... guna resepi Syerah Omar. Resepi apam dot dot tu pun amik dari dia.
macam mushroom!
Dalam hati ada juga teringin nak buat red velvet cake tapi rasa macam belum ada confident takut tak menjadi. Sure eh kalau first timer buat jadi... and rasa exactly same dengan red velvet yang ada???
for teachers with love,
Erm untuk teachers siap packing individual... ada lurve² lagi... semoga teacher bagi lebih sikit markah untuk exam. After school holiday ni ada parent's day (amik report card)...
kita tunggu exam result eh, Ahmad Haikal!

Friday, June 3, 2011

Tok Janggut


Jumpa lagi 'Tok Janggut' untuk dua hari berturut-turut lat weekend.

Hari Sabtu kat Masjid Ar-Ridhuan, Ulu Kelang memang ramai orang termasuk 600 orang pelajar maahad tahfiz. Sejuk je dok tengok bebudak ni... Ahmad Haikal pun mata dok kenan nak pakai macam 'abang tu'.
pic source : Facebook
Masjid Ar Ridhuan, Ulu Kelang
Dalam masa yang sama di dalam kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz akan merasmikan pelancaran tabung untuk membina dan membaikpulih bangunan yang akan menjadi pusat penyeliaan sekolah tahfiz sekitar Selangor yang bertempat di Sungai Kertas, Gombak.

Alhamdulillah... setakat hari itu sahaja derma masjid yang dapat dikumpul berjumlah RM19K. Tapi masih tak dapat pecah rekod yang sebelum ini iaitu RM24K.

Keesokkannya pula, kami sefamili menuju ke Seksyen 5, Kota Damansara. Kami sampai awal juga dalam pukul 6.30pm waktu tu tak berapa ramai orang lagi. Lepas tu memang tak putus-putus jemaah yang sampai.
pic source : Facebook
Masjid Kota Damansara, Seksyen 5
Jemaah lelaki penuh sampai ke tangga masjid... nasib ada disediakan khemah itupun penuh juga. Alhamdulillah... ramai yang sukakan majlis ilmu.

p/s : puas hati dapat jumpa 2 hari... nanti akan bertemu lagi di bulan Julai. Insyallah.

Wednesday, June 1, 2011

kenapa pakai bedak

Di suatu pagi yang hening di hari sabtu sekitar hujung bulan Mei yang lalu...

Seorang ibu membedakkan muka anak lelakinya... seraya itu...

Ahmad Haikal : La... kenapa ummi bedak muka Ahmad Haikal (mulut dah muncung)

Ummi : Ye la... kenalah bedak sikit baru la hensem

Ahmad Haikal : Tapi ummi... Ahmad Haikal malu...

Ummi : Ahmad Haikal nak malu apa? Kalau pakai bedak ummi pun suka nak cium Ahmad Haikal selalu.

Ahmad Haikal : Athirah said boys mana ada pakai bedak dekat muka...

Ummi : Apa la Ahmad Haikal ni... tak semestinya budak lelaki tak boleh pakai bedak dekat muka...

Ahmad Haikal : Don't want... bedak only for girl like Alesha or ummi... terus lari masuk bilik lap muka

Ummi : LOL