Tuesday, May 3, 2011

cerita tiada gambar

Permulaan Mei adalah berada di kampung. Hujan sahaja sepanjang di sana sebelah petang dan malam. Balik kampung pun sebab memenuhi jemputan walimatul urus jiran sebelah rumah mak kampung. Kalau dah berjiran dari sejak kecil memang dah kira macam sedara mara punya kes la. Mesti dan wajib balik.

Bertolak after Maghrib hari Jumaat ke Batu Kurau >>> dapatlah jejeling sikit royal wedding kat TLC... mujur balik malam tu sebab kitorang dah miscommunication sebab ingatkan kenduri pada hari Ahad. Rupanya kenduri esok harinya... disebabkan kami tak banyak membantu kenduri dari segi tenaga kitorang sesiap bagi present to pengantin.

Then hari kedua pagi tu sembelih kambing dan sediakan persiapan nak bakar lemang. Dapatlah 12 batang lemang hari itu. Makan dengan rendang ayam dan daging masak hitam. Tengahari tu plak hujan memang laku la lemang hari tu.

Hari ketiga iaitu last day di kampung pagi tu bawa ayah ke klinik Ananda, Kemunting. Ayah tak berapa sihat demam dan batuk kuat. Balik dari klinik tu singgah rumah tok kat Kampung Repoh. Makan tengahari... sambil tu dok sakan jolok buah jambu air. Petang plak bawak satu batilion naik kereta pegi pasar malam kat pekan batu kurau tu. Bebudak biasalah mende apa lagi nak makan... nugget, fishball dan sosej pastu air milo satu cup dah cukup. Balik senyum meleret.

Kami balik malam tu... itupun puas dok refer twitter plustrafik. Memang dari petang status highway kat Tapah to Slim River memang bergerak perlahan dan banyak kereta. Ingatkan balik after Isyak kitorang selamat. Selamat la kitorang tido kat rnr tapah dekat 2 jam. Pastu ingatkan dah ok... kitorang gerak dalam 10km jammed balik. Berhenti kat hentian sebelah sambung tidur sejam plak. Baru la gerak balik... sampai KL pukul 4 pagi. Masa berhenti kali kedua tu memang banyak kereta bersusun, tuan kereta dah kepenatan layan jammed.

Cerita di atas tidak disertakan gambar kerana tuan empunya belog ini tidak teringin memetik camera walau sekeping gambar sekalipun, pemalas bukan?

No comments: