Wednesday, May 18, 2011

Aishiteru Ahmad Haikal-chan

Mari kita lap screen computer dulu maklumlah owner belog sudah tak kisah belognya ni. Ala bukan ada sesiapa pun yang rindukan celoteh yang merapu dia kan…

Sabtu lepas sport day Ahmad Haikal-chan… sebulan sebelum sudah sibuk training game & marching. Hari sebelum semangat berkobar tidur awal konon jaga stamina, ayahnya pula siap layankan urut kaki kononnya kaki dia penat training. Satu family pun bersemangat maklumlah last year Ahmad Haikal-chan tak dapat nak sertai sport day sebab chicken pox. Masa tu dia dah mula training… dua hari sebelum sport day kena chicken pox… takdop rezeki.
Bangun pagi on Saturday pun mudah. Tapi cujie lupa nak sediakan baju sport day tu sebab every Friday diorang pakai baju t-shirt dan seluar hijau. Bibik dah masukkan baju tersebut dalam washing machine… cujie pula memang lupa sesangat. Pastu dia siap mandi, cujie baru teringat dan terus menuju ke dapur. Our kitchen ni berpintu… nak dijadikan cerita pint utu jammed tak boleh nak buka. Rasa macam sedih dan mood hilang. Kenapa boleh tak ingat perkara yang sepenting itu.

Puas hubby cuba buka pintu dapur tu… dalam sejam juga la. Pintu tu memang takmo buka lupa pula lirik lagu Ali Baba Bujang Lapok tu. Ahaksss… kita cari solution lain. Pakai je t-shirt putih dengan tracksuit hitam then pakai sport cap Bethany.

Sampai dewan on the dot… buat kat dewan kali ni takde la bebudak berpanas bawah matahari dan parents pun senang hati. Kids dah sesiap line up nak marching. Ok hati dah terburai mata nak banjir ye puan-puan bila tengok anak sendiri dah besar tengah happy nak marching dengan kengkawan. Cepatnya diorang ni membesar!

Ahmad Haikal-chan masuk 3 game… acara pertama place the bottle mineral in the bucket. Ni agak mencabar juga la bagi kids 6yrs old. Macam gandar dua bucket yang diisikan setiap satunya botol mineral yang penuh dan meniti titian then tambah lagi 2 botol mineral water tu. Berat juga kan. Tak silap ni dapat nombor dua.

Acara kedua pula pull the sack… sorang duduk atas guni dan dua lagi tarik… ahmad haikal tukang tarik nasib budak yang duduk tu kecil molek laju je diorang tarik. Yang ni menang!

Acara ketiga… ni paling best. Menggelungsur atas board macam surfing gitu. Macam-macam gaya diorang dok menggelungsur. Comel… yang ini pun menang!

Tapi yang tak berapa best dan buatkan ahmad haikal mood down sebabnya prizes will distribute on Monday. Dia menang tapi tak dapat hadiah… nangis sedih dah dok ikut je teacher kat belakang. Bila teacher explain barulah dia boleh terima.

i'm no. 1
Alesha pun masuk juga acara untuk sister/brother. Ummi dia pun masuk juga acara untuk golongan ibu. Ayah je tak sporting. hehe...

No comments: