Wednesday, May 25, 2011

Mr. Barber

mari kita jumpa mr. barber!
bila rambut dah panjang dah tak boleh la nak buat spiky... pegi sekolah kenalah fesyen rambut superman.
Nasib Ahmad Haikal tak berkenan nak buat rambut ala justin bieber... sungguh tak suka! Guy yang rambut panjang berteknik rebonding pun kurang menggemari. I like pendek dan kemas.
Selalunya ahmad haikal pegi dengan ayahnya je. Kali ni ikut sekali... dengan Alesha pun sibuk sama. Mr. Barber ni dah tahu dah taste ahmad haikal... lepas je siap gunting dia pun buat spiky. Ahmad Haikal pun senyum sampai telinga.

Monday, May 23, 2011

Di taman ini

Setiap minggu semenjak awal bulan May... disinilah kami sekeluarga beriadah.
Ok ini disebabkan ummi mereka sangat bersemangat mahu menurunkan berat badan. Kadang tu juga encik suami ajak bermain badminton bersama-sama.
Memang ramai orang during weekend... apalagi jom kita bersenam dan menjaga kesihatan.

p/s : Al-Fatihah kepada mangsa tanah runtuh. Syurgalah tempat mereka. Amin.
pic source : Facebook

Friday, May 20, 2011

Happy 3rd Birthday Princess Alesha

Today she's become 3.
1 day old
Happy Birthday Alesha... Semoga menjadi anak yang solehah kerana Alesha kunci ayah & ummi ke Syurga. Semoga diberikan kesihatan yang baik, akal yang cerdas. Insyallah... ayah & ummi sentiasa mendoakan yang terbaik buat Alesha.
when she 5 mos
Alesha still wearing diapers until today... on weekend only she free diapers sebab on weekdays bibik kalah dengan Alesha. Dengan ummi, ummi still tak mengaku kalah lagi. 1,2,3 still berterabur... ABC apatah lagi. Takpe you still in learning progress... favourite cartoon Barbie... always like to be princess... hari-hari nak tengok princess.
9mos
1yr old
Next year will be very though for you because ayah & ummi already make decision to send you to school (which is x-school your brother - soon to be), hope you like it.
present
last saturday on the da way to abang's sport day
Enjoy your day Sayang!

I love you so and I want you to know
That I'll always be right here


Wednesday, May 18, 2011

Aishiteru Ahmad Haikal-chan

Mari kita lap screen computer dulu maklumlah owner belog sudah tak kisah belognya ni. Ala bukan ada sesiapa pun yang rindukan celoteh yang merapu dia kan…

Sabtu lepas sport day Ahmad Haikal-chan… sebulan sebelum sudah sibuk training game & marching. Hari sebelum semangat berkobar tidur awal konon jaga stamina, ayahnya pula siap layankan urut kaki kononnya kaki dia penat training. Satu family pun bersemangat maklumlah last year Ahmad Haikal-chan tak dapat nak sertai sport day sebab chicken pox. Masa tu dia dah mula training… dua hari sebelum sport day kena chicken pox… takdop rezeki.
Bangun pagi on Saturday pun mudah. Tapi cujie lupa nak sediakan baju sport day tu sebab every Friday diorang pakai baju t-shirt dan seluar hijau. Bibik dah masukkan baju tersebut dalam washing machine… cujie pula memang lupa sesangat. Pastu dia siap mandi, cujie baru teringat dan terus menuju ke dapur. Our kitchen ni berpintu… nak dijadikan cerita pint utu jammed tak boleh nak buka. Rasa macam sedih dan mood hilang. Kenapa boleh tak ingat perkara yang sepenting itu.

Puas hubby cuba buka pintu dapur tu… dalam sejam juga la. Pintu tu memang takmo buka lupa pula lirik lagu Ali Baba Bujang Lapok tu. Ahaksss… kita cari solution lain. Pakai je t-shirt putih dengan tracksuit hitam then pakai sport cap Bethany.

Sampai dewan on the dot… buat kat dewan kali ni takde la bebudak berpanas bawah matahari dan parents pun senang hati. Kids dah sesiap line up nak marching. Ok hati dah terburai mata nak banjir ye puan-puan bila tengok anak sendiri dah besar tengah happy nak marching dengan kengkawan. Cepatnya diorang ni membesar!

Ahmad Haikal-chan masuk 3 game… acara pertama place the bottle mineral in the bucket. Ni agak mencabar juga la bagi kids 6yrs old. Macam gandar dua bucket yang diisikan setiap satunya botol mineral yang penuh dan meniti titian then tambah lagi 2 botol mineral water tu. Berat juga kan. Tak silap ni dapat nombor dua.

Acara kedua pula pull the sack… sorang duduk atas guni dan dua lagi tarik… ahmad haikal tukang tarik nasib budak yang duduk tu kecil molek laju je diorang tarik. Yang ni menang!

Acara ketiga… ni paling best. Menggelungsur atas board macam surfing gitu. Macam-macam gaya diorang dok menggelungsur. Comel… yang ini pun menang!

Tapi yang tak berapa best dan buatkan ahmad haikal mood down sebabnya prizes will distribute on Monday. Dia menang tapi tak dapat hadiah… nangis sedih dah dok ikut je teacher kat belakang. Bila teacher explain barulah dia boleh terima.

i'm no. 1
Alesha pun masuk juga acara untuk sister/brother. Ummi dia pun masuk juga acara untuk golongan ibu. Ayah je tak sporting. hehe...

Tuesday, May 3, 2011

cerita tiada gambar

Permulaan Mei adalah berada di kampung. Hujan sahaja sepanjang di sana sebelah petang dan malam. Balik kampung pun sebab memenuhi jemputan walimatul urus jiran sebelah rumah mak kampung. Kalau dah berjiran dari sejak kecil memang dah kira macam sedara mara punya kes la. Mesti dan wajib balik.

Bertolak after Maghrib hari Jumaat ke Batu Kurau >>> dapatlah jejeling sikit royal wedding kat TLC... mujur balik malam tu sebab kitorang dah miscommunication sebab ingatkan kenduri pada hari Ahad. Rupanya kenduri esok harinya... disebabkan kami tak banyak membantu kenduri dari segi tenaga kitorang sesiap bagi present to pengantin.

Then hari kedua pagi tu sembelih kambing dan sediakan persiapan nak bakar lemang. Dapatlah 12 batang lemang hari itu. Makan dengan rendang ayam dan daging masak hitam. Tengahari tu plak hujan memang laku la lemang hari tu.

Hari ketiga iaitu last day di kampung pagi tu bawa ayah ke klinik Ananda, Kemunting. Ayah tak berapa sihat demam dan batuk kuat. Balik dari klinik tu singgah rumah tok kat Kampung Repoh. Makan tengahari... sambil tu dok sakan jolok buah jambu air. Petang plak bawak satu batilion naik kereta pegi pasar malam kat pekan batu kurau tu. Bebudak biasalah mende apa lagi nak makan... nugget, fishball dan sosej pastu air milo satu cup dah cukup. Balik senyum meleret.

Kami balik malam tu... itupun puas dok refer twitter plustrafik. Memang dari petang status highway kat Tapah to Slim River memang bergerak perlahan dan banyak kereta. Ingatkan balik after Isyak kitorang selamat. Selamat la kitorang tido kat rnr tapah dekat 2 jam. Pastu ingatkan dah ok... kitorang gerak dalam 10km jammed balik. Berhenti kat hentian sebelah sambung tidur sejam plak. Baru la gerak balik... sampai KL pukul 4 pagi. Masa berhenti kali kedua tu memang banyak kereta bersusun, tuan kereta dah kepenatan layan jammed.

Cerita di atas tidak disertakan gambar kerana tuan empunya belog ini tidak teringin memetik camera walau sekeping gambar sekalipun, pemalas bukan?