Wednesday, April 13, 2011

Sekarang ni tengah sakan dok baca Tara Road... dah beli buku baru tahu Tara Road ni dah ada movie. Starting sangat mengujakan so memang seronok la membaca dari hari ke hari. Sampai lupa nak bercerita di blog.

Last Sunday tak kemana so laying on the sofa the whole day macam dugong. Tetiba tersedar Nona kat tv3 tengah ke udara. Dalam mata ngantuk tu macam jeling-jeling juga ke kaca tv. Sebelum memang ada tengok iklan then tunjuk ada seorang perempuan yang macam kesedihan yang dikatakan mahu meluahkan perasaannya.

Memang right timing... memang sedang tunjukkan seorang perempuan yang sedang memeluk anaknya dan bersilih ganti dengan gambar seorang lelaki dan kemudian digantikan dengan gambar bahagia mereka berdua sehinggalah gambar mereka sekeluarga. Kemudian gambar yang bahagia tadi ditukarkan pula gambar menyayat hati.
harian metro ~ 301110
Owh inilah wanita yang kematian suaminya akibat dihempap pokok reput di jalan Bukit Nanas. Yang rasanya semua tahu kejadian sedih yang berlaku pada 29 November tahun lalu. Betapa kisah ini memberi kesan kerana sampai ke hari ini pun, kejadian dan slot nona tv3 tersebut masih bermain diingatan.

Memang tahan sebak bila tahu rupanya Hayati Husin iaitu isteri arwahyarham Mohd Helmi tidak pernah lagi lalu di kawasan kejadian sehinggalah pada hari rakaman nona tersebut. Dan dia memakai baju kurung hari kejadian menceritakan bagaimana dia berjalan menuju ke tempat kejadian yang pada masa itu arwah suaminya sudah meninggal.

Semoga Allah tabahkan dan kuatkan semangat wanita ini. Betapa dia membuka mata kita kasih sayang dia terhadap suaminya dan masih mampu mencium jenazah suaminya yang masih lagi dihempap oleh pokok. Kasihnya hingga ke akhir hayat suaminya.

No comments: