Friday, April 8, 2011

enam tahun...

Salam uols,

Since been married 6 years ago… I noticed that he being sedikit berisi. Hehe… orang kata nak tahu bahagia atau tidak tengok la perut Encik suami dia. Betul tu takdak tipu punya.

Uols perasan tak apa yang selama ini uols buat, sebelum kawen la… tapi bila dah kawen tu dah jarang atau memang tak buat langsung. Cujie perasan cujie sendiri… hanya sekali je pernah gunting rambut kat kedai. Yang selebihnya tu memang dia je yang potong dalam bathroom. Kekeke… cujie memang dari kecik tak suka masuk saloon hati mudah jadi gabra tak bertempat.

Masa sekolah tu kebanyakkan mak je yang potongkan rambut. Kemudian belajar jauh dari mak pandai la sendiri pergi cari kedai gunting rambut. Tapi bila dah kawen penyakit lama datang balik. Susah nak percaya orang untuk gunting rambut.

So hari rabu lepas dah selamat dah minta tolong Encik somi potongkan rambut. Rasa ringan je kepala dan tak sibuk dah pepagi nak menyanggol rambut. Pastu takdak dah rambut panjang dok berlingkar cecelah lemari. Rimas tu la rambut panjang… tapi rambut panjang cujie rasa anggun gitu. Perasan lebih~~

Sekian la entry untuk di hari berbahagia cujie 6 tahun lepas. Kalau 6 tahun lepas waktu gini sibuk dah kat umah, sedara mara pun dah penuh umah ni. Hish balik ni nak buka video kawen la… daaaa…

No comments: