Thursday, April 14, 2011

Cenderamata dari Ho Chi Minh

Orang Ho Chi Minh memang kreatif... jadi kebanyakkan cenderamatanya pon dari handmade...

Ini baru dapat gifts belum lagi dapat pegi hati gembira seperti 4yrs old kids yang dapat lollipop. Senyum sampai telinga... Dapat pencil box... book mark dan kain ela. Ini dok fikir nak buat baju apa. Tapi hati berat nak buat baju kurung cuma tang tangan tu nak modenkan sikit.
Bookmark tersebut sangat menjadi kesayangan hati menjadi penghias untuk Tara Road yang masih terhenti di mukasurat 66. Tak berganjak sejak semalam. Maklumlah masa membaca hanya sejam dua itupun mesti ada selingan. Macam ni la bila ada anak... bila hubby ada lagi kurang mukasurat dapat dibaca. Husband come first...
Terima kasih buat Aisyah and Zahidah. Tak lupa juga pada agent our company sebab tak lupakan kami ni... sikit tanda ingatan... rasa dihargai, tahu!
happy holidayssss....

Wednesday, April 13, 2011

Sekarang ni tengah sakan dok baca Tara Road... dah beli buku baru tahu Tara Road ni dah ada movie. Starting sangat mengujakan so memang seronok la membaca dari hari ke hari. Sampai lupa nak bercerita di blog.

Last Sunday tak kemana so laying on the sofa the whole day macam dugong. Tetiba tersedar Nona kat tv3 tengah ke udara. Dalam mata ngantuk tu macam jeling-jeling juga ke kaca tv. Sebelum memang ada tengok iklan then tunjuk ada seorang perempuan yang macam kesedihan yang dikatakan mahu meluahkan perasaannya.

Memang right timing... memang sedang tunjukkan seorang perempuan yang sedang memeluk anaknya dan bersilih ganti dengan gambar seorang lelaki dan kemudian digantikan dengan gambar bahagia mereka berdua sehinggalah gambar mereka sekeluarga. Kemudian gambar yang bahagia tadi ditukarkan pula gambar menyayat hati.
harian metro ~ 301110
Owh inilah wanita yang kematian suaminya akibat dihempap pokok reput di jalan Bukit Nanas. Yang rasanya semua tahu kejadian sedih yang berlaku pada 29 November tahun lalu. Betapa kisah ini memberi kesan kerana sampai ke hari ini pun, kejadian dan slot nona tv3 tersebut masih bermain diingatan.

Memang tahan sebak bila tahu rupanya Hayati Husin iaitu isteri arwahyarham Mohd Helmi tidak pernah lagi lalu di kawasan kejadian sehinggalah pada hari rakaman nona tersebut. Dan dia memakai baju kurung hari kejadian menceritakan bagaimana dia berjalan menuju ke tempat kejadian yang pada masa itu arwah suaminya sudah meninggal.

Semoga Allah tabahkan dan kuatkan semangat wanita ini. Betapa dia membuka mata kita kasih sayang dia terhadap suaminya dan masih mampu mencium jenazah suaminya yang masih lagi dihempap oleh pokok. Kasihnya hingga ke akhir hayat suaminya.

Friday, April 8, 2011

enam tahun...

Salam uols,

Since been married 6 years ago… I noticed that he being sedikit berisi. Hehe… orang kata nak tahu bahagia atau tidak tengok la perut Encik suami dia. Betul tu takdak tipu punya.

Uols perasan tak apa yang selama ini uols buat, sebelum kawen la… tapi bila dah kawen tu dah jarang atau memang tak buat langsung. Cujie perasan cujie sendiri… hanya sekali je pernah gunting rambut kat kedai. Yang selebihnya tu memang dia je yang potong dalam bathroom. Kekeke… cujie memang dari kecik tak suka masuk saloon hati mudah jadi gabra tak bertempat.

Masa sekolah tu kebanyakkan mak je yang potongkan rambut. Kemudian belajar jauh dari mak pandai la sendiri pergi cari kedai gunting rambut. Tapi bila dah kawen penyakit lama datang balik. Susah nak percaya orang untuk gunting rambut.

So hari rabu lepas dah selamat dah minta tolong Encik somi potongkan rambut. Rasa ringan je kepala dan tak sibuk dah pepagi nak menyanggol rambut. Pastu takdak dah rambut panjang dok berlingkar cecelah lemari. Rimas tu la rambut panjang… tapi rambut panjang cujie rasa anggun gitu. Perasan lebih~~

Sekian la entry untuk di hari berbahagia cujie 6 tahun lepas. Kalau 6 tahun lepas waktu gini sibuk dah kat umah, sedara mara pun dah penuh umah ni. Hish balik ni nak buka video kawen la… daaaa…

our 6 years together

Alhamdulillah it's been 6 years togetherness and having a happy family.
080405 ~ 080411

Wednesday, April 6, 2011

I remember you, Tara Road

Hari yang farewell party minggu lepas memang sengaja juga memilih KKR sebagai hidangan rasmi that day. Cujie ni kalau pasal ada party... makan² kat office, I la antara orang kuat untuk memutuskan makan apa that day. hehe... bukan kuat makan eh.
Maklumlah KKR yang terdekat Amcorp Mall jadinya kalau pegi Amcorp tak sah la kalau tak masuk kedai buku favourite hati tu. Same level... takkan nak lalu aje.
Bought two books for me and kiddos. I remember you by Harriet Evans and Tara Road by Maeve Binchy. Already read the reviews about Tara Road few weeks ago. Quite ok... jadi nak cubalah baca sendiri kadang pandangan kita tu tak sama.
Malam tadi, Alesha buat perkara cute. Sekarang dia lebih bermain sendirian dengan her teddies. Kadang tengok main cikgu²... jadi teddysitter gitu...

Monday, April 4, 2011

taken in broad daylight

Disaat orang ramai berkisahkan ABPBH malam tadi. Cujie pula dah tersyiok tengok movie @DIVA channel, Taken in Broad Daylight.
Biasalah cujie memang suka tengok movie based on true story. Biasanya cerita yang macam ni memang best la kalau tidak tak kan diwayangkan cerita tersebut. Kali ni cerita mengisarkan tentang seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang diculik ketika keluar dari pusat membeli belah. Selama 6 hari Anne Sluti dilarikan oleh Tony Zappa.
Pada masa yang sama pihak polis dan FBI mencari dan menjejak mereka. Tapi Anne Sluti ni memang bijak mencari peluang untuk memberitahu lokasi semasa mereka berdua. Kiranya Tony Zappa ni berperikemanusiaan juga. Bila Anne Sluti tanya kenapa culik dia... Tony Zappa jawab I'm tired of being alone.
Anne Sluti memang bernasib baik... Tony Zappa termakan pujuk rayu dia lalu tertangkap dengan Polis juga. Eh cerita ni ada ulangannya... 5th April 2011 pukul 6.05am pagi at DIVA channel. Hehe... lepas solat Subuh teruslah buka TV.

The problem is, Cujie memang tak dapat nak benci watak penculik tu sebab pelakon tu handsome bebenar. Ala dia pelakon Dawson's Creek kalau sesiapa yang minat dia tu harus ada perasaan macam Cujie.

Friday, April 1, 2011

Bila sayang ditatang

Already in April... cepatnya masa berlalu.
sebahagiannya...
sebahagiannya lagi...
keseorangan orang ini...
Yesterday kat office buat farewell party untuk Kudu ni. Agak emosi sikit kat office bila tahu dia last day semalam. Sesenyap aje... After 4 years has been in the company tiba la harinya dia melangkah keluar. Happy for him sebab dia quit pun sebab nak manage own business. Sesiapa dok cari radio... walkie talkie leh cari one communications
Cujie pernah terbaca kat mana ek... macam not good la for the company untuk adakan farewell party for the staff macam suka je orang tu nak pergi kan... tapi ini sebenarnya dari our own money la buatkan untuk dia. Saja suka² happy makan sesama.

Makan kenny rogers aje.
Ok... ada berita baik juga hari ini. Our best buddy safely delivered baby girl at 6.08am this morning. Kak Jane ni tokey aisyahscarf tu... bagi sesiapa yang pernah beli tudung & bandana, kenal la kot. Alhamdulillah.