Thursday, March 24, 2011

Rehaldho

Ahad lepas konon pepagi nak bangun naik lrt heading to KLCC bawa kiddos mandi. Lepas Subuh terbongkang dok tido sampai pukul 8pagi. Pastu terkulat-kulat malas plak nak bersesak dalam lrt atau bersesak atas jalan nak pegi area KL.

Fikir punya fikir boring plak tak keluar. Ajak hubby pi mydin... nak beli telekung dan biskut untuk kiddos. Sampai sana baru hubby teringat nak cari rehal yang tinggi. Kalau rehal yang biasa tu kan macam terbongkok sedikit. Haih untuk anak apa saja... padahal wife dia dah lama request nak rehal kayu yang siap ukir-ukir gitu.
Amik paling kecil kemudian esoknya mula la menyesal kenapa tak beli yang besar sikit boleh juga digunakkan untuk buat homework kalau Ahmad Haikal takmo gunakan meja bulat yang beli kat ikea tu.
Beli dua supaya tak berebut. Buku Iqra' memang dah ada dua tapi lelain jenis. Satu berwarna satu lagi hitam putih. Kat mydin memang murah giler buku Iqra'. Beli kat luar sampai RM17 tapi kat mydin below RM10. Sama jenis.
ni la error tang titik tu...
menarik berbanding buku Iqra' hitam
Tapi jangan la beli yang hitam putih tu. Satu memang kurang menarik. Satu lagi macam banyak error je... memang murah dan tersangat murah hanya RM3 sahaja.

No comments: