Thursday, March 24, 2011

Pisang masak di bawah katil

Aneh bukan tanam pokok pisang tepi katil tempat tidur.
Bukanlah! Jangan salah faham. Pisang berkenaan diikat dan digantungkan di tepi katil untuk mengelakkannya menjadi cepat buruk. Biasanya buah-buahan tempatan ni cepat buruk kalau kita letak di atas lantai simen. Ni hubby punya keje la.
Kalau balik KL mak kampung bekalkan kitorang macam-macam. Penuh boot kereta. Serai, daun kunyit, bunga kantan, keledek, betik, pisang emas... petai.
Kadang kalau ada stock asam keping tu... satu plastik bag bawa balik KL. Itupun mak tanya kalau nak buah limau kasturi nak bawa balik... hish banyak sangat dah. Takut tak guna buruk dan terbuang begitu sahaja. Jangan tamak

Masa bawa balik KL tu pisang dok hijau belum masak lagi. Ni siap boleh makan sambil baring atas katil. hehe.. tak senonoh. Alesha paling suka sekejap masuk bilik bila keluar dok makan pisang. Tak sempat nak buat cekodok pisang pun.

No comments: