Wednesday, March 23, 2011

Meet Ustaz Azhar Idrus

Seronok bercuti selama 4 hari (14 - 17 March 2011). Konon takmo amik cuti seminggu. hehe...

Selama itulah dok bertapa kat kampung hubby. Tambah seronok sebab dapatlah pergi pekan selasa. Walaupun on that day the weather is not nice. Mendung dari pagi... tapi disebabkan teringin sangat nak pegi, hubby layankan aje. Niat di hati nak beli kicap, sayur-sayur yang mana sempat nak bawa balik. Belacan... ikan pekasam... etc.
Sampai je hujan terus turun dengan lebatnya. Tak sempat beli apa-apa pun. Tunggu juga sambil dok pekena nasi lemak dan teh tarik mudah-mudahan hujan reda. Sampai ke sudah... lebat dan makin lebat. Kalau tak bawa kiddos mau juga kitorang redah takat hujan air kan...
Kemudian pagi selasa lepas solat subuh ajak hubby pi cari nasi lemak lima posen. Ada lagi tau kat kampung nasi lemak harga macam tu. Kalau kat KL lima posen tak dapat apa pun. Seronoknya balik kampung. Kat kampung kena pegi pagi-pagi kalau tidak memang tak jumpalah even payung makcik meniaga sekalipun. Sekali sambil tunggu makcik tu bungkus nasi lemak mata dok melilau tengok sana sini. Sekali sudah rezeki terpandang flyers yang ditampal kat tiang letrik... ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid TM Taiping.

Hubby la orang paling suka. Dia dok ikut ceramah Ustaz Azhar Idrus from Youtube setiap hari kalau takdak kuliah maghrib kat masjid rumah kami tu. Siap dah dok hafal ayat-ayat Ustaz Azhar Idrus... memang susahlah nak dapat jumpa dan dengar kuliah dia sebab timetable kuliah dia full kat Terengganu.
nilah budak yang hilangkan psp tu...

Alhamdulillah... ada hikmah psp hilang kalau inilah harga yang kitorang terpaksa bayar untuk jumpa dengan Ustaz Azhar Idrus ni.
tinggi lampai orangnya

No comments: