Tuesday, March 22, 2011

Majlis Bertandang ~ Lyn & Azam

Jangkamasa bertandang dan kenduri perempuan lebih kurang 1 bulan lebih. Ok juga masa belah perempuan ni kitorang buat waktu chinese new year so cuti lama juga. Kali ni bertandang buat masa cuti sekolah so amik opportunity untuk ambil annual leave balik Batu Kurau lama sikit.

Bertolak ke Batu Kurau petang Sabtu... hujan memang lebat sampai tak nampak jalan. Tapi ni nak pesan la sikit kalau waktu hujan laluan terus ke Ipoh tanpa tol tu yang dulunya kita kena bayar tu kan bebetul bawah pejalan kaki untuk pekerja tol tu hati-hati la sikit. Sebabnya air bertakung menyebabkan kalau kita laju dan ada kereta sebelahan dengan kita buatkan kita tak nampak jalan. Maybe jalan kat situ agak rendah menyebabkan air bertakung.

Bila dah hujan lebat tak boleh nak laju maka memakan masa sedikit di atas highway. Memandu dengan penuh berhemah. Sampai di kampung waktu maghrib.
Esoknya pepagi dah bersiap ke Butterworth. Direction ke dewan pengantin mudah juga even first time datang sana. Parents in law cujie pun ikut sama. Mulanya satu buah van juga nak ikut tapi driver takde kebetulan diorang busy dengan petai. Kalau lambat takut rugi plak petai tak terjual sebab terlampau masak. Itupun mujur juga father in law punya pokok durian tak menjadi kalau tidak dengan father in law tak ikut.
Ok kat sini cujie dah fall in love dengan jeli kelapa. Sedap dan sejuk je masuk tekak. Rasa nak lagi. Tapi ada cerita sedih disebalik kegembiraan majlis bertandang ini. Alesha's psp HILANG atau tercicir atau sewaktu dengannya. Sedih, geram pun ada biasanya waktu sibuk macam tu kitorang memang tak keluarkan psp takut kejadian macam ni terjadi. Mungkin bukan rezeki >>> ni ayat encik somi. Nak marah pun takdak guna sebab takkan dapat balik punya. Cuma terkilan kenapa kalau orang tu jumpa tak pulangkan kat bapa pengantin so kitorang boleh dapat semula psp tu. Tapi kalau dia nak main pun mesti tak reti sebab tak reti nak hack psp tu. >>> ayat melepaskan sedih.

No comments: