Friday, March 25, 2011

eksperimen : kuih keria

Nak tau apa jadi dengan keledek yang mak kampung bagi tempohari.

Hehe... hari rabu masa on da way to home teringat kuih favorite iaitu kuih keria. Tapi dalam hati kat rumah ada keledek. Bolehlah kot cuba buat kuih keria sendiri. Dah dekat pukul 10pm baru terhegeh-hegeh nak merebus keledek.
rebus
buang kulitnya
Maklum sahajalah balik keje sahaja terus check beg sekolah anak ada homework ke tidak. Pastu rehat jap... mandi dan siap solat maghrib. After maghrib sessi jadi ustazah dan baca Quran sambil tunggu masuk waktu Isyak.
melenyek
Tu yang merebus dekat pukul 10pm... lupa daaa projek kuih keria. Dekat pukul 11pm baru boleh lenyek dan bentukkan jadi bulat-bulat. Ekpserimen pertama hehe... kuih keria liat sebab terlampau gebu dengan tepung. Rupanya pakai sikit je tepung eh. Nak buat tapi takmo tanya mak atau google resepi. Ego konon!
uli pula... tengok bukan main banyak tepungnya
Ekperimen kedua dilakukan esok harinya... agak berjaya. Kali ni masa merebus tu letak sikit garam dan hanya letak sikit je tepung. Susah juga la membentuk sebab melekit dan susah sikit nak membentuk O tu.
membentuk
tadaaaa... dah siap pun
Ahmad Haikal bawa 2-3 ketul disamping sosej dan nuggetnya ke sekolah. Hish... macam seronok dan dalam hati ada bunga 2-3 kuntum sebab bila balik tu laku takdak tinggal seketul pun.

2 comments:

iswatie "colours of life" said...

mmg dok cari..kat mydin yer...skrg nih iqra letak atas bantal....

Cujie said...

hehe...
memula kitorang beli rehal plastik biasa tu
ringan...
jadi guna untuk mak pak dia la...