Tuesday, March 29, 2011

Jumpa dia lagi...



Alhamdulillah... rezeki dapat jumpa lagi.
kredit : flickr
Kali ni kat Masjid Asy-Syarif, Meru. Memang ramai sangat orang sampai berdiri kat luar dengar kuliah selama 2 jam. Kuliah kali ni 'anak kunci Syurga'... bukan senang nak membesarkan anak-anak. Insyallah akan beri ilmu dunia akhirat pada kiddos.
Tapi sungguh kagum sekali dengan masjid Asy-Syarif ni... bersih dan sangat teratur. Siap ada kemudahan wi-fi lagi. Ni first time masuk masjid yang cantik diluar sungguh indah di dalam. Pernah juga dengar ustaz yang beri kuliah maghrib kat masjid umah cujie tu cerita tentang hebatnya masjid ni. Ustaz cerita bagaimana ramainya yang pergi solat Jumaat macam tu la ramainya ahli kariah yang bersolat subuh di masjid berkenaan.

Ada rezeki boleh dengar lagi kuliah Ustaz Azhar Idrus secara live.

Friday, March 25, 2011

eksperimen : kuih keria

Nak tau apa jadi dengan keledek yang mak kampung bagi tempohari.

Hehe... hari rabu masa on da way to home teringat kuih favorite iaitu kuih keria. Tapi dalam hati kat rumah ada keledek. Bolehlah kot cuba buat kuih keria sendiri. Dah dekat pukul 10pm baru terhegeh-hegeh nak merebus keledek.
rebus
buang kulitnya
Maklum sahajalah balik keje sahaja terus check beg sekolah anak ada homework ke tidak. Pastu rehat jap... mandi dan siap solat maghrib. After maghrib sessi jadi ustazah dan baca Quran sambil tunggu masuk waktu Isyak.
melenyek
Tu yang merebus dekat pukul 10pm... lupa daaa projek kuih keria. Dekat pukul 11pm baru boleh lenyek dan bentukkan jadi bulat-bulat. Ekpserimen pertama hehe... kuih keria liat sebab terlampau gebu dengan tepung. Rupanya pakai sikit je tepung eh. Nak buat tapi takmo tanya mak atau google resepi. Ego konon!
uli pula... tengok bukan main banyak tepungnya
Ekperimen kedua dilakukan esok harinya... agak berjaya. Kali ni masa merebus tu letak sikit garam dan hanya letak sikit je tepung. Susah juga la membentuk sebab melekit dan susah sikit nak membentuk O tu.
membentuk
tadaaaa... dah siap pun
Ahmad Haikal bawa 2-3 ketul disamping sosej dan nuggetnya ke sekolah. Hish... macam seronok dan dalam hati ada bunga 2-3 kuntum sebab bila balik tu laku takdak tinggal seketul pun.

Thursday, March 24, 2011

Rehaldho

Ahad lepas konon pepagi nak bangun naik lrt heading to KLCC bawa kiddos mandi. Lepas Subuh terbongkang dok tido sampai pukul 8pagi. Pastu terkulat-kulat malas plak nak bersesak dalam lrt atau bersesak atas jalan nak pegi area KL.

Fikir punya fikir boring plak tak keluar. Ajak hubby pi mydin... nak beli telekung dan biskut untuk kiddos. Sampai sana baru hubby teringat nak cari rehal yang tinggi. Kalau rehal yang biasa tu kan macam terbongkok sedikit. Haih untuk anak apa saja... padahal wife dia dah lama request nak rehal kayu yang siap ukir-ukir gitu.
Amik paling kecil kemudian esoknya mula la menyesal kenapa tak beli yang besar sikit boleh juga digunakkan untuk buat homework kalau Ahmad Haikal takmo gunakan meja bulat yang beli kat ikea tu.
Beli dua supaya tak berebut. Buku Iqra' memang dah ada dua tapi lelain jenis. Satu berwarna satu lagi hitam putih. Kat mydin memang murah giler buku Iqra'. Beli kat luar sampai RM17 tapi kat mydin below RM10. Sama jenis.
ni la error tang titik tu...
menarik berbanding buku Iqra' hitam
Tapi jangan la beli yang hitam putih tu. Satu memang kurang menarik. Satu lagi macam banyak error je... memang murah dan tersangat murah hanya RM3 sahaja.

Pisang masak di bawah katil

Aneh bukan tanam pokok pisang tepi katil tempat tidur.
Bukanlah! Jangan salah faham. Pisang berkenaan diikat dan digantungkan di tepi katil untuk mengelakkannya menjadi cepat buruk. Biasanya buah-buahan tempatan ni cepat buruk kalau kita letak di atas lantai simen. Ni hubby punya keje la.
Kalau balik KL mak kampung bekalkan kitorang macam-macam. Penuh boot kereta. Serai, daun kunyit, bunga kantan, keledek, betik, pisang emas... petai.
Kadang kalau ada stock asam keping tu... satu plastik bag bawa balik KL. Itupun mak tanya kalau nak buah limau kasturi nak bawa balik... hish banyak sangat dah. Takut tak guna buruk dan terbuang begitu sahaja. Jangan tamak

Masa bawa balik KL tu pisang dok hijau belum masak lagi. Ni siap boleh makan sambil baring atas katil. hehe.. tak senonoh. Alesha paling suka sekejap masuk bilik bila keluar dok makan pisang. Tak sempat nak buat cekodok pisang pun.

Wednesday, March 23, 2011

Meet Ustaz Azhar Idrus

Seronok bercuti selama 4 hari (14 - 17 March 2011). Konon takmo amik cuti seminggu. hehe...

Selama itulah dok bertapa kat kampung hubby. Tambah seronok sebab dapatlah pergi pekan selasa. Walaupun on that day the weather is not nice. Mendung dari pagi... tapi disebabkan teringin sangat nak pegi, hubby layankan aje. Niat di hati nak beli kicap, sayur-sayur yang mana sempat nak bawa balik. Belacan... ikan pekasam... etc.
Sampai je hujan terus turun dengan lebatnya. Tak sempat beli apa-apa pun. Tunggu juga sambil dok pekena nasi lemak dan teh tarik mudah-mudahan hujan reda. Sampai ke sudah... lebat dan makin lebat. Kalau tak bawa kiddos mau juga kitorang redah takat hujan air kan...
Kemudian pagi selasa lepas solat subuh ajak hubby pi cari nasi lemak lima posen. Ada lagi tau kat kampung nasi lemak harga macam tu. Kalau kat KL lima posen tak dapat apa pun. Seronoknya balik kampung. Kat kampung kena pegi pagi-pagi kalau tidak memang tak jumpalah even payung makcik meniaga sekalipun. Sekali sambil tunggu makcik tu bungkus nasi lemak mata dok melilau tengok sana sini. Sekali sudah rezeki terpandang flyers yang ditampal kat tiang letrik... ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid TM Taiping.

Hubby la orang paling suka. Dia dok ikut ceramah Ustaz Azhar Idrus from Youtube setiap hari kalau takdak kuliah maghrib kat masjid rumah kami tu. Siap dah dok hafal ayat-ayat Ustaz Azhar Idrus... memang susahlah nak dapat jumpa dan dengar kuliah dia sebab timetable kuliah dia full kat Terengganu.
nilah budak yang hilangkan psp tu...

Alhamdulillah... ada hikmah psp hilang kalau inilah harga yang kitorang terpaksa bayar untuk jumpa dengan Ustaz Azhar Idrus ni.
tinggi lampai orangnya

Tuesday, March 22, 2011

Majlis Bertandang ~ Lyn & Azam

Jangkamasa bertandang dan kenduri perempuan lebih kurang 1 bulan lebih. Ok juga masa belah perempuan ni kitorang buat waktu chinese new year so cuti lama juga. Kali ni bertandang buat masa cuti sekolah so amik opportunity untuk ambil annual leave balik Batu Kurau lama sikit.

Bertolak ke Batu Kurau petang Sabtu... hujan memang lebat sampai tak nampak jalan. Tapi ni nak pesan la sikit kalau waktu hujan laluan terus ke Ipoh tanpa tol tu yang dulunya kita kena bayar tu kan bebetul bawah pejalan kaki untuk pekerja tol tu hati-hati la sikit. Sebabnya air bertakung menyebabkan kalau kita laju dan ada kereta sebelahan dengan kita buatkan kita tak nampak jalan. Maybe jalan kat situ agak rendah menyebabkan air bertakung.

Bila dah hujan lebat tak boleh nak laju maka memakan masa sedikit di atas highway. Memandu dengan penuh berhemah. Sampai di kampung waktu maghrib.
Esoknya pepagi dah bersiap ke Butterworth. Direction ke dewan pengantin mudah juga even first time datang sana. Parents in law cujie pun ikut sama. Mulanya satu buah van juga nak ikut tapi driver takde kebetulan diorang busy dengan petai. Kalau lambat takut rugi plak petai tak terjual sebab terlampau masak. Itupun mujur juga father in law punya pokok durian tak menjadi kalau tidak dengan father in law tak ikut.
Ok kat sini cujie dah fall in love dengan jeli kelapa. Sedap dan sejuk je masuk tekak. Rasa nak lagi. Tapi ada cerita sedih disebalik kegembiraan majlis bertandang ini. Alesha's psp HILANG atau tercicir atau sewaktu dengannya. Sedih, geram pun ada biasanya waktu sibuk macam tu kitorang memang tak keluarkan psp takut kejadian macam ni terjadi. Mungkin bukan rezeki >>> ni ayat encik somi. Nak marah pun takdak guna sebab takkan dapat balik punya. Cuma terkilan kenapa kalau orang tu jumpa tak pulangkan kat bapa pengantin so kitorang boleh dapat semula psp tu. Tapi kalau dia nak main pun mesti tak reti sebab tak reti nak hack psp tu. >>> ayat melepaskan sedih.

Thursday, March 10, 2011

Leap Year

Setiap 29th February pada tahun lompat bagi adat orang Irish, orang perempuan boleh meminang orang lelaki. Tapi bagi cujie la... kalau betul la orang lelaki tu suka dan mahu kita jadi suri dalam hidup diorang tak payah tunggu hari istimewa. Kan?

Malam tadi layan movie ~ Leap Year. Sangat cute and romantik Declan & Anna. Lagipun yang buat lebih tersuka movie ni sebab view sangat cantik. Tengok Ireland yang sejuk dan sentiasa basah tu automatik cujie yang tengok pun hilang stress.
Amy Adams tu pun memang comel... sebelum ni tengok dia dalam movie Julie & Julia dan Enchanted. Perasan dia memang pandai pilih baju semua cantik².

Leap Year ~ Anna ni memang tertunggu-tunggu proposal dari Jeremy. Hinggakan suatu hari ayah Anna cerita pasal Irish Tradition yang setiap tahun lompat pada 29 Februari perempuan boleh meminang si lelaki pada hari tersebut dan terpaksa menerima lamaran itu. Tapi Jeremy pada hari tersebut masih berada di Dublin. Jadinya Anna pun naik flight ke Dublin tapi ribut plak. Jadi Anna stuck kat Dingle kemudian minta pertolongan dari Declan untuk bawa dia ke Dublin. Sepanjang perjalanan ke Dublin macam-macam kejadian hinggakan buat mereka berdua jatuh cinta.
Kelakar... comel la. Akhirnya Declan & Anna bersama juga akhirnya ~ happily ever after.

Wednesday, March 9, 2011

Semanis Strawberry

Betul ke orang kata kalau makan strawberry dekat Cameron Highlands memang manis dan sedap. Tapi kalau bawa balik strawberry tu rasa dah lain.
Strawberry yang kami makan ni manis juga rasanya. Ada juga yang terkena masam.
Makan strawberry dengan happy sebab boss memang busy sejak akhir-akhir ni. Boleh kecur air liur kan tengok strawberry meranum kat dalam pasunya tu.

Dah lama dah tak pergi ke Cameron Highlands... teringin nak bersejuk-sejuk.

Tuesday, March 8, 2011

There's No Place Like Here

Kalau tengok title boleh kita tafsirkan dua kemungkinan. Sama ada memang happy betul stay ditempat itu atau memang tidak happy langsung. Jadi kenalah habiskan bacaan sehingga ke mukasurat yang terakhir. Bila dah habis buku ni kenalah kita bershopping lagi di bookxcess.

Buku ni pasal Sandy Shortt yang pernah kehilangan seorang kawannya yang menghilang entah kemana ketika berumur 10 tahun. Jadi dari pengalaman itu dia memang taksub mencari barang yang hilang sehinggakan menjadikan mencari orang hilang atau barang hilang satu pekerjaan yang sehinggakan suatu hari dia juga hilang. hehe...
The book of tomorrow tu starting memang slow gile asal baca 2-3 patah perkataan boleh fall asleep. Tapi bila dah masuk chapter ke 3 dah mula seronok membaca. Keseronokkan itu berkekalan hingga ke last page. Maybe kebanyakkan buku Cecelia Ahern ni gaya penulisan dia macam tu starting dengan boring dan ending dengan satisfaction.

Tuesday, March 1, 2011

oreo ice-cream

Sungguh heaven tatkala menikmati oreo blueberry ice-cream ni.
Sebungkus memang khas untuk cujie sorang. Habis satu ketul nak lagi satu ketul. Pastu buruk perangai time nak makan siap tunggu kiddos tido nanti takut kiddos nak satu. Kedekut bukan.

Rasanya sedap, masa makan tu rasa sejuk berangin macam makan ice-cream la.

Ni plak teringin nak makan oreo cheesecake atau mcflurry oreo. Nom Nom...