Friday, February 11, 2011

Tied the knot ~ Lin & Ajam

Hari ni nak kongsi plak gambar wedding adik Cujie. Dia nikah kat masjid wilayah... so far sangat selesa sebab siap ada bilik pernikahan yang dihias indah. Kemas dan bersih. Ustaz pun sebelum majlis nikah bermula siap mengalukan kedatangan dan berterima kasih sebab memilih Masjid Wilayah tersebut untuk mengadakan majlis pernikahan. Siap bagi ucapan...
girl power
Sepanjang majlis pernikahan tu hati kakak pengantin sangat fragile. Isk rasa sebak tengok adik sendiri yang tak lama lagi menjadi isteri orang. Teringat masa kekecik dok makan, mandi, gaduh sesama. Lagipun bila arwah abah dah takde lagi tambah sedih. Nak plak masa berpelukan cover juga takut pengantin yang lebih sedih habis makeup. Kakak pengantin memang over.
cover sikit... ada je papparazi
pengantin of that day...
sah dah!
Kepada pengantin... Azlinawati Suhaimi & Azam Khairani, Selamat Pengantin Baru. Apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga harus ditempuhi bersama. Jika ada salah faham bawa berbincang. Jangan ribut-ribut ya.

meh baca blog yang lain juga

No comments: