Friday, February 11, 2011

the big day ~ Lin & Ajam

On the first day Chinese New Year kitorang the whole family paternal & maternal side berkampung di Wisma Sejarah meraikan raja sehari. Bertemakan pink & silver. Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Aras 2 - Wisma Sejarah dihias indah dengan bunga-bungaan segar. Pelamin yang didatangkan khas dari Sri Andaman Alfinaz sangat memukau mata... mata cujie lar!
meja santapan raja sehari
tuan rumah
siblings
Meh kita gambar je la... meja pengantin, alas meja dan kek pengantin semuanya disediakan oleh catering. Penat juga kaki on that day berdiri menyambut tetamu dan menyengih secara cute. Mana boleh senyum manis kang ramai terpikat.
my mom menepung tawar
ibu pengantin lelaki
Memang tak sempat nak bergambar dengan kiddos secara tenang dan aman. Sekejap Alesha hilang, bila dapat Alesha, Ahmad Haikal pula yang entah kemana berlarian dengan sepupu kecik cujie. Mujur bawa bibik sari sama... boleh tolong tengok-tengokkan kiddos yang emaknya sesekali je dok mencari sebab terlampau busy amat menjadi tuan rumah.
Alesha ketiduran, bibik sari & cik rara
bakal pengantin 20 tahun akan datang ~ hehe
maksik gajah
dengan my only princess
Alhamdulillah sampai petang majlis berjalan lancar. Terima kasih pada yang sudi menghadirkan diri pada hari tersebut. Kami sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih.

No comments: