Monday, February 28, 2011

Alasanku Ulasanmu

lama tak berupdate ek.

Alasan pertama sebab hari tu blog diserang malware. Benci rasanya setiap kali masuk belog keluar notification yang macam horror tu. Scary gitu. Puas dok cari sebab musabab at last hari ni dapat solve sendiri. Mesti ramai yang takut nak masuk belog cujie kan.

Alasan kedua... tapi ni bukanlah kira alasan tapi sebab kenapa belog tak berupdate lama. Hari Khamis lepas, 24 Februari 2011 jam 7 pagi, arwah nenek Johor meninggal. Pagi hari Khamis tersebut memang cujie dah bersiap nak pegi office. Baru selangkah nak keluar dari rumah tetiba rara called beritahu yang nenek dah takde. Petang hari Rabu mak dah called beritahu nenek dah terlalu uzur tak mahu makan dan minum serta dah tak dapat bercakap seperti biasa. Macam tak sedap hati tanya juga la dekat mak. Nak kitorang balik atau tidak. Mak suruh tunggu dulu. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

Alasan ketiga, cujie serta rakyat jelata di office busy. Kaki dan tangan bekerja dengan lebih keras dan deras. Mana yang tak sihat - buat² sihat. Tambahan lagi dengan office sekarang ni tengah renovate toilet. Sangat sesak nafas dan berat dada menghirup udara dalam office ni. Mau tidak ramai yang selsema dan batuk. Kerja keras dan deras disebabkan convention berlangsung hari Sabtu lepas. Cujie buat kedua kalinya tak dapat melibatkan diri sendiri ke convention kali ini - masih di JB. Kali pertama dulu sebab delivered Ahmad Haikal.

Alasan keempat - laptop kat rumah dah jahanam. huhu~~~

p/s : Banyaknya alasankan... ulasannya adalah PEMALAS.

No comments: