Monday, February 14, 2011

Akma & Zamri ~ wedding day

Mungkin boleh digelarkan bulan Februari adalah bulan mengawan...

Lepas sibuk dengan kenduri adik sendiri kita berangkat pula ke Batu Kurau, Taiping - Perak. Biasalah kenduri kahwin mana tak sibuk walaupun kita pakai catering atau bergotong royong. Penat dan penat dan penat juga.

Alhamdulillah pada hari Jumaat, 5 Februari 2011 selepas Isyak, Faridatul Akmal binti Sahat telah selamat menjadi isteri kepada Mohd Zamri. Akma atau Kema atau adik adalah adik bongsu dalam adik beradik hubby. Ciri manja tetap ada walau dah jadi isteri ni.
setiap kali lalu kat sini cuba captured tapi kali ni better
Masa nikah tu, Cujie yang jadi tukang make up. Gitu-gitu je... macam kakak Nurul dia juga masa nikah memang tak ke surau. Diorang tak pergi tengok pun saat-saat diorang bergelar isteri. Pelik sikit... sebab cujie rasa time macam tu adalah penting. Every moments sangat precious. Nak dengar sendiri saat husband melafazkan kabul dan baca takliq. Diorang sangat simple. Bila selesai akad nikah jemput rombongan lelaki datang makan dan majlis batal air sembahyang.
petang jumaat
pecah tradisi ~ kali ke-6 baru ada pelamin yang betul² pelamin
mak teh & mak ngah
potong daging
Malam tu juga buat majlis berendoi untuk anak sis-in-law. Sayangnya kamera tak berada ditangan dok dalam handbag dalam bilik. Segan plak nak masuk bilik sebab dah kena block dengan pakcik-pakcik marhaban. Majlis habis nak dekat tengahmalam. Memang letak kepala je terus tidur malam tu. For sure pagi nak kena bangun awal.

Lepas subuh tolong mak ngah tumbuk kulat sisir. Erm sangat sedap. Dulu selalu dapat makan kalau balik kampung Pahang. Arwah nenek masak kulat sisir memang takde siapa yang boleh tandingi. Mulalah sibuk luar dan dalam rumah persediaan kenduri hari besar. Anak menantu mak semua dok sibuk di dapur sediakan santapan raja sehari.
Hari Ahad ke rumah keluarga lelaki, majlis bertandang. Mujur dekat sahaja. Seronok dok tengok kampung orang bermusim durian. Belah kampung hubby takde plak padahal takde jauh sangat. Majlis belah lelaki bertemakan hijau. Takde berlama-lamaan kat sana... balik rumah terus tukar baju menyental periuk belanga serta kawah menjadi putih berseri semula. Habis kuku bertukar hitam-hitam... bukti!
terror bebudak ni...
terpegun kiddos tengok
majlis belah lelaki

selamat pengantin baru ~ Akma & Zamri
My kiddos memang peminat setia nasi minyak tokwan nya. Kalau tokwan buat nasi daging lagi diorang makan tambah berpinggan-pinggan.

2 comments:

yujiayao said...

For those of you who are purchasing Faucets,we realize that this is one of the most important purchasing decisions you will make. You have made the best choice in choosing one of our Bathroom Sink Faucets,Kitchen Faucets or Shower Faucets, as they are constructed of the highest grade materials to ensure that your new Faucets lasts forever. You can be confident in your purchase as each item comes with a no hassle 30 day return privilege.

Just Call Me Bitt said...

meriah la cujie