Tuesday, February 8, 2011

5 days 5 nights...

Alhamdulillah selama 5 hari 5 malam berkenduri kendarat, hari ini memulakan tugas seperti biasa dalam keadaan yang semua lemah gemalai. Bangun pagi pun seakan badan berat terlalu payah nak bangun.

Bermula dari hari Isnin minggu lepas lagi sudah mula sibuk berulang alik ke Keramat Wangsa menguruskan dan membantu apa yang patut. Tidur pun lewat mata pun dah macam panda. Hari Rabu pula sibuk memunggah hantaran naik turun lift ke Masjid Wilayah, Jalan Duta. Alhamdulillah sekali lafaz adik cujie sah bergelar isteri. Sebak dalam hati... tapi tahan juga sebab takmo dia tengok yang kitorang dok sesedih.

Hari Khamis pula pepagi dah siap nak ke dewan. Hubby ajak breakfast dulu... mujur tak jatuh tersungkur bergolek kat tangga. Cujie dah lemah lutut dah nasib sempat berpaut kat tepi tangga... masa tu dok pimpin Ahmad Haikal. Kalau tidak dengan dia-dia juga jatuh sama. Hari kenduri tak penat mana sangat la, cuma penat menyengih dan mundar mandir tengok dan lawat tetamu yang datang. Penat bila dah petang... dok mengangkut hadiah pengantin pula.

Hari Jumaat pula pepagi dah ke Keramat Wangsa nak amik bunga telur yang lelebih yang kenduri adik cujie. Dan terus ikut highway DUKE balik ke Batu Kurau, Taiping. Sampai sana lebih kurang 11.30pagi straight takdak berhenti mana-mana R&R. Kiddos pun memang tak mandikan terus angkat masuk kereta. Sampai je terus dok tolong buat bunga telur dan beg untuk marhaban dan untuk guest. Kat luar memang dah sibuk riuh rendah orang dok rewang. Belah malam nikah dan sambung dengan marhaban dan kenduri berendoi anak sis-in-law yang baru 3 bulan.

Hari Sabtu memang dah tentu sambung pula dengan kenduri besar. Belah pagi of coz cujie & biras & sis-in laws busy kat dapur sediakan santapan untuk raja sehari. Nak gubah hidangan jadi menarik walau takdak basic menjadi chef tapi so-so jela. Belah petang dah tentu dok tolong basuh saki baki pinggan, cawan, mangkuk etc. Kemas meja dan kerusi. Pastu bawak kiddos mandi lata.

Hari Ahad, majlis bertandang pula. Nasib baik dekat kira dalam 6km je dari rumah mak. Masa ni tengok orang dah macam ada dua kepala. Mak pun dah demam tapi gagah gak bangun sebab dah Akma (pengantin) dok pujuk ikut sama. Mak bangun terus je pi rumah jiran pelawa siapa nak ikut rombongan pengantin perempuan. Balik je dari menghantar... terus tukar baju dok tolong kemas dapur, kemas ruang tamu, basuh kawah dan periuk belanga yang besar kira kalau Ahmad Haikal & Alesha masuk periuk tu boleh muat dok dalam. Dalam masa yang sama dok basuh baju... aih beg baju pun dah naik kosong. Risau kalau baju kiddos tak cukup. Habis clear susun semua pinggan mangkuk... petang lepas asar kitorang reramai sumbat dalam van pi mandi lata. Fresh! Lepas tu pi pasar malam... hehe.

Hari Isnin belah pagi nak balik ke KL. Ikutkan nak balik hari Ahad... tapi dok dengar radio dan sedara mara yang dalam on da way back to KL terus cancelled. Pagi tu hubby dok tolong punggah 'balai'... dan terus balik KL. Banyak juga kereta berderet je...

p/s : gambar will post later okey.

No comments: