Sunday, January 30, 2011

Tentang dot dot

Sekarang ni tengah tunggu tetamu datang dari jauh. My cousin from Kota Tinggi nak datang ni sebab besok anaknya yang sulong tu kena mendaftar di PULAPOL. Erm hari ni hujan je kan... sejuk je ala² winter gitu. Stokin pun sentiasa di kaki sebab sejuk sangat.

Pepagi lagi cujie dah sibuk di dapur terbongkok-bongkok dok buat apam dot dot lagi. Kali ni pakai acuan lompang tu. Lebih jimat... kalau pakai souffle cup tu sayang sangat. Acuan kuih lompang tu beli kat kedai Max Value je... sedozen just dua hengget je. Amik 2 dozen... dapat jimat dengan lebih banyak daripada pakai souffle cup tu.
Lepas tu dok rehat dalam 1 jam... dok terbongkok lagi siang ikan dan udang. Pastu duduk lepak sekejap tengok melodi 15 minit sambung plak memasak. Siap masak pukul 2 petang. Hehe orang lain dah kekenyangan. Maklumlah buat keje lambat la sikit siapnya kang kejap Ahmad Haikal datang nak susu coklat ulang alik dok makan apam dot dot. Tu belum lagi Alesha dok ke hulu ke hilir nak tengok ummi dia memasak. Hubby kena keja hari ni.
hidangan diwaktu winter
ok la tu... nak dok rehatkan badan sekejap. Sejuk macam ni sedap tidur...

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

Suzi..
iLa pun buat apam polka dot tu
sib baik jadi..huhuhu....

boleh lah nanti buat lagik

Cujie said...

sekali buat menjadi kan ila...
hehe soronok..