Monday, January 17, 2011

takda lagi khemah pelarian... yang ada...

Bila apa sahaja kesukaan anak dipenuhi... tak minta pun dapat itu suatu kes parah yang boleh menjadi kanser dalam badan. Itu sesuatu perbuatan yang bukan baik tapi memberi kesan jangkamasa panjang yang keputusannya akan kemungkinan yang baik juga. Kita doakan saja.
Rentetan dari kisah out of the box itu... hubby bangun tidur beliau shift malam dan tengok keadaan rumah yang lintang pukang. Bukan isterinya tak kemas rumah bila dah anaknya sakan melalak kalau dikemas dan akan buat semula khemah perlarian tu. Tak larat nak dengar isterinya dok bergaduh dengan anak-anaknya. Terus diajaknya ke carrefour.
Selalu ada display tent ni tapi that day takdak satu pun. Dok la cangkung husband and wife dok baca instruction yang mana mudah nak pasang. Langsung tak tengok kebesarannya. Ceh kat instruction tu memang ada tunjuk orang-orang seramai 6 orang. Ceh langsung takdak heran. Macam tipu je beg kecik gini boleh jadi khemah yang besar yang boleh muat 6 orang.
Balik rumah sahaja... memang kerja lain dipandang ringan. Pasang dulu khemah agar kiddos happy... sekali gulp gulp! Besar amat... memang instruction tu takdak tipu. Memang sungguh. Rumah cujie yang kecik taraf rumah burung dah jadi macam sarang semut. Berjalan la meniti ikut tepi tepi tu. Laluan berliku liku...

Sampai bila akan jadi begini... huhu.

No comments: