Saturday, January 1, 2011

My 9th handheld

Revolusi handphone yang pernah cujie miliki suatu waktu dulu.
Cujie start pakai handphone pada tahun 2000. Masa tu pakai prepaid Adam 017 yang kemudiannya bertukar menjadi Timecel dan bertukar lagi menjadi hotlink-maxis. Masa 2 tahun 2000 tu masih belum ada lagi short message service - SMS walaupun sesama service provider. Masa tu masih ramai lagi yang pakai PAGER. Masa tu ayat popular 'Pls call me, urgent!' short & simple. Bila dah ada sms mulalah bahasa sms pon makin hari makin tercipta. Handphone pertama tu tak hingat jenama apa tapi rupa bentuk gitu la flip sejibik gitu tutup tang nombor tu je warna pink-ungu.
2000 - 2002 - sejibik warna biru tu
Yang kedua pula masa tu cujie dah pakai line. Masa tu 017 to 017 free... call la selama mana tetap free. Memang masa tu bergayut tak hingat... dah mula la ada pakwe masa ni. Pakai handphone ericsson T10 sampai tahun 2001. Line plak masa tu tak berapa ada... nak lagi kalau balik cuti sem kat rumah keramat wangsa langsung takdak line sebab kononnya terlindung dek bukit. Kalau nak ada line letaklah handphone tepi tingkap... atas lemari. Satu hari jatuh dari atas lemari menjunam habis patah anttena. Tammat!
2002 - 2004
Kebetulan masa ni masuklah duit biasiswa JPA... masa tu nak praktikal... ok melabur beli Nokia 3310. Sangat glamour weh handphone ni... masa tu housing ke casing ke memang laku la dijual dimerata tempat. Kira legend sungguh handphone ni... masa ni la pandai je compose lagu Ugly Betty... wah! Every student kalau takdak 3310 kira zaman batu la masa tu. Mahal tau masa memula keluar tu... RM700. Tapi handphone ni hilang... masa praktikal pada 11 September 2001 - WTC runtuh. Terus demam... handphone baru babe. Kebetulan lagi masa ni dah kenal hubby... ceh nak pikat hati awek masa tu sanggup top up kan duit nak beli handphone jenis sama tapi harga dah jatuh dah masa tu RM600.
2004 - 2005
Kemudian tukar lagi handphone nokia butterfly. Kecil dan nipis... LED light warna biru. Pakai yang ini pun rasa nak bangga. Harga masa bebaru keluar dekat lapan ratus juga la. Masih pakai monophonics kalau tak silap. Tapi sedihnya handphone ni hilang masa hari sanding waktu tengah charge. Sedih... lost contact dengan kawan. Adik cujie, Lynn orang yang paling terkilan sebab dia la kononnya yang buat handphone tu hilang sebab charge kat hall. Masa sibuk tu sempat lagi orang cilok.
sekejap je pakai handphone ni
Then arwah abah bagi handphone nokia 8310. Kecik juga... tapi lebih canggih sikit. Bunyi tone pun dah sedap. Pakai ni sampai dapat Ahmad Haikal juga. Bila dia dah pandai meniarap langsung direndamnya handphone tu dalam mangkuk berisi air. Kejap sangat pakai handphone ni...
2006 - 2007
Tukar lagi pakai panasonic yang Khai AF jadi duta. Sangat kecik la handphone ni. Pakai warna merah. Lagi cepat rosak... ntah apa-apa. Beli pun murah je. Jual takdak laku sangat. Susah benar nak menaip sms ke hape sebab keypad yang super duper kecil. Macam handphone mainan.
2007 - 2010
Dah start dah pakai yang screen color plak. Wah sibuk plak nak download lagu true tone. SMS pun seronok... screen besar. Handphone ni arwah abah yang punya. Bila arwah dah takde... cujie ambil alih pakai. Lama juga la pakai ni... tapi lama kelamaan selalu sangat kuar message 'sim card not insert'. Lagi satu battery pon cepat habis... lama-kelamaan langsung takleh on.
2010 (2 bulan)
Ini lagi la sekejap pakai ada kot 2 bulan HTC 3G Touch... handphone ni best juga. Boleh WIFI... check email... facebook... download gambar. Twitter juga! Ok cuma jodoh tak panjang sebab button on off rosak. Boleh je repair dalam RM100 juga la upahnya. Disebabkan itu juga number 017 cujie expired sebab langsung tak top up. Plak tu tak boleh nak retrieve... alih-alih dah jual kat orang lain number tu. Sedih sebab hotlink langsung tak hargai. Sekurang-kurangnya ada la belas kasihan sikit sebab setia dengan nombor tu dalam masa yang lama.
BB curve 8520
Lebih kurang 3 bulan takdak handphone. First time rasa tenang je tak berhp. Tak kisah plak, tak demam pon. Tapi hubby plak merungut susah nak contact wife dia. Susah nak bercakap dengan kiddos kalau dia kat tempat kerja. Nak tak nak... poodacitt... nah amik sebijik. Selama 1 dekad dah pakai 9 handphone dah... fuh!

No comments: