Sunday, January 2, 2011

Indahnya Hidup Bersyariat

Ok ni nak review satu buku yang amat berguna untuk kita yang beragama Islam. Panduan yang boleh dikatakan lengkap tentang Fardhu Ain. Tahu maksud Fardhu Ain? Fardhu Ain ialah sesuatu perkara yang wajib semua Muslim tahu. Wah macam ustazah plak…yelah itu cita-cita masa kecil dulu kalau cikgu tanya untuk diisikan dalam report card of course nak jadi ustazah sebagai cita-cita.
Yang lebih menariknya lagi buku ni siap ada gambar untuk kita mudah faham. Yelah biasa kita tahu kalau buku-buku agama ni jarang yang menarik. Kalau novel yang gambar perempuan lawa tengah sedih dengan buku agama yang kulitnya hanya tulisan dan warnanya kurang terserlah of course beli novel kan... meh kita anjak paradigma. See... I told you before. Muka depan sahaja lain sikit... lebih cantik dari buku teks Pendidikan Islam kita kan…
Meh tengok bahagian dalam plak... hah nampak tu siap warna lagi. Tak rugi la beli tapi rugi kalau tak beli. Mungkin masa umur macam 30-an gitu kita kata masih sibuk nak belajar perkara ini semua... tapi dengan adanya buku ni sedikit sebanyak boleh membantu.
Hari tu masa pi kuliah kat Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya ada Dato’ Ismail Kamus jual tapi masa tu nak cepat sebab bergegas plak balik Temerloh. Tapi satu hari ada seorang agent yang baru saja habis training tunjuk kat kitorang. Dia jual RM50 senaskah sama macam Dato’ Ismail Kamus jual tempohari. Retail price RM55.

Tambah koleksi buku dan koleksi ilmu di dada... alhamdulillah.

No comments: