Wednesday, January 19, 2011

Hadiah mengecewakan hati

I think many of us selalu bermain permainan bertukar gift untuk memesrakan lagi suasana ketika annual dinner untuk office, bukan? Kebiasaannya juga pihak pengerusi majlis akan tetapkan jumlah ringgit malaysia kalau duduk di Malaysia ya! untuk sesuatu gift itu. Kalau nak beli lebih takpa asal jangan kurang dari yang ditetapkan.

Disini cujie akan menyenaraikan pendek panduan membeli hadiah tak kira la hadiah tersebut untuk majlis appreciation staff, perkahwinan, hari lahir atau kelahiran orang baru.

Kenal Pasti
Nak beri hadiah kena tengok juga jantina dan umurnya. Jangan la pula beli women perfume kalau nak beri hadiah pada lelaki. Tak sesuai, occay! Jangan la sampai orang yang menerima tu kata yang kita ni kurang akal atau cetek fikiran.

Bermanfaat
Ini paling penting sekali yang diambil berat ketika memilih sesuatu hadiah. Barang yang tidak dapat dimanfaatkan akan merugikan. Sudah tentu kita tak mahu hadiah yang kita beli itu akhirnya ke tong sampah juga akhirnya. Biarlah barang yang diberi itu memberi kebaikan dan faedah yang baik.

Kesukaan
Kalau tahu apa kesukaan sipenerima hadiah boleh la anda tambahkan lagi koleksinya itu. Pasti sipenerima akan gembira dan berlapang hati menerima pemberian anda itu. Ingat! Beli apa yang boleh menggembirakan hati penerima. Letakkan diri kita jika kita menerima apa yang menjadi kesukaan kita. Pasti gembira bukan.

Keinginan
Memenuhi keinginan penerima membuatkan mereka lebih gembira luarbiasa. Mau tidaknya menerima hadiah yang menjadi dambaan hati. Kadang bukan tak mampu nak beli sendiri tapi kalau dapat hadiah lebih seronok. Jangan beli barang yang sekadar memberi tapi isi kosong. Lebih baik tak payah la beli... buang masa.

Budget
Jangan memberi hadiah kita sendiri tak mampu beli. Niat dan keikhlasan itu memastikan hadiah yang dibeli cukup bermakna buat sipenerima. Memang lumrah hadiah yang mahal akan memuaskan hati penerima tapi jangan sampai anda mengikat perut memastikan hadiah tersebut terbeli. Sekiranya niat anda betul, hadiah tersebut akan menunjukkan isi hati anda yang boleh menyebabkan hati penerima tersentuh.

Perkara yang tak kurang pentingnya jika anda terlibat dengan permainan bertukar-tukar hadiah yang selalunya dipraktikkan di majlis makan malam adalah lebih baik anda elakkan dari membeli jam atau baju. Pastikan tidak menipu dengan harga barang yang dibeli. Itu jin notty namanya. Anda beli yang mengarut dan kononnya jimat tapi anda harapkan hadiah lumayan dari rakan sekerja lain. It's not good. Bayangkan kalau boss atau manager kita yang dapat. Malu jugakan... mana nak letak muka. So play safe beli dan beri barang yang boleh digunakan... dan bermakna. Contohnya seperti tuala... cadar... thermos.

Tolonglah jangan beli jam... jam dinding ke jam loceng ke. Pastilah semua orang kat rumah ada jam... nak lagi sekarang semua pakai handphone canggih manggih yang tentunya boleh buat alarm yang siap boleh pilih nak bunyi alarm yang macamana. Adoi! Sakit jantung babe... tolonglah kreatif sikit.

Kecewa tau kalau dapat gift yang tak serupa gift. Hampa perasaan dan ini boleh menyebabkan talian persahabatan yang terjalin akan regang dek kerana hadiah anda. Fikir-fikirkan la...

No comments: