Thursday, January 27, 2011

Genting Highlands

Third years in row our family went to Genting Highlands. Jangan bertindak merugikan diri sendiri kalau fully sponsored by hubby's company. Tinggal sediakan duit minyak je naik ke atas. Tapi ramai juga yang tak pergi lebih lagi kalau yang bujang atau yang masih belum ada anak. Diorang jual je tiket tu pada siapa yang nak bawa famili yang takdak dalam list sponsored.
dok sibuk tengok that girls
row, row, row your boat ~~~
first time dapat naik boat kat genting ni
Company hubby bagi tiket all park main sampai lebam dan belanja makan tengahari kat genting cafe. Biasanya kitorang main indoor pastu lunch then main outdoor plak. Lepas asar dalam pukul 5.30pm balik ke tempat asal dengan badan lemah longlai... hati seronok juga dok layan kiddos yang dah pandai main ni.
kiddos dah ada lesen dah
it's yummies
Ahmad Haikal pada mulanya tak berapa happy sebab takde kawan. Lepas je lunch dia bersemangat balik... paling dia suka dok main junior bumpy car. Awal pagi memang tak ramai orang... tak yah nak beratur ikut giliran. Dok la dalam tu sampai boring takdak siapa nak marah.
ntah la tak kenal sapa orang ni
like a princess
Alesha plak tahun ni dah reti semua benda... semua rides dia nak naik. Pula tu tak boleh sekali pusingan je nak berkali-kali. Bila tak dapat mengamuk. Ayah je paling sabar layan... ummi dia larat tengok je. Bila dah kenyang... tidur tak sedarkan diri.
Alhamdulillah rezeki kiddos tahun ni... hubby dapat lucky draw. Berupa LED TV 42"... urghhh tu anganan kosong sahaja ye. Yang sebenarnya dapat voucher RM100 kat co-op. Laratlah nak layan minum juice dan susu setiap hari. Bertambah sihatlah blogger blog ini. Insyallah esok nak pilih kehendak perut ini.
Tahun ni cujie pun mati kutu... charlie's angel yang lelain tak dapat join. Jadinya layanlah sorang buai pusing-pusing tu. Asal dapat lepas gian... nanti kalau tak naik takdak rasa kegentingan... rugi.

Kali ni juga julung kali bawa bibik sari... belum sampai genting dia dah pukes mujur dah sedia plastic awal lagi. Hubby plak takleh dah bau atau dengar bunyi orang muntah. Dia pun mudah nak jangkit sama. Mujur minyak cap kapak dapat membantu. Sekian.

2 comments:

Nem0 o0h Nem0 said...

best genting! lg2 ade org sponser,lg best!hehe

Cujie said...

nemo,

skg pegi genting best sebab sejuk! hehe...