Thursday, January 13, 2011

Fruit Girl

Lama juga tak update blog ni... tak busy mana pon. Tapi laptop ni memang tak dok kat tangan tuan sendiri... sebabnya ada tuan besar tu dok conquer laptop ni tak kasi chance kat tuan empunya. Plus tak berapa nak ada cerita nak hebohkan kat blog. Plus plus lagi sangat fokus membaca 'The time's traveler wife'.

Cujie dah berkeputusan nak ambil anak angkat... ciri-cirinya perlulah yang comel dan comel dan comel! isk... yang comot juga. Pipinya perlulah merah. Tu yang lama juga tak update blog ni...

Puas tunggu keputusan sama ada layak atau tidak ambil anak angkat tu. Tapi hari ini... dapat berita gembira. Dapatlah Alesha kawan... ambil budak perempuan. Susah nak dapat baby boy ni kalau tak betul-betul cari.
Kenapa cujie nak ambil anak angkat ni bukan tak nak pregnant lagi atau tak boleh pregnant lagi ke hape. Bukan... ni saja nak ada anak instant..

Meh kita kenalkan anak ketiga kita... panggil je dia fruit girl sebab dia suka benar buah strawberry. Sepupu dia strawberry shortcake tu... Nama dia belum pun lagi kami pilih untuk didaftarkan... tengah mencari lagi ni.

Jangan marah ya!

No comments: