Tuesday, January 18, 2011

Company Dinner

Selama bertahun menunggu masa menghabiskan duit company tersayang akhirnya hari ini terlaksana jua. Mungkin ketika entry ini sedang ditaip orang kat dapur tadi tu belum habis mencuci pinggan makan kitorang tadi.

Zuan Yuan Chinese Restaurant @ One World Hotel
Belum pernah lagi perut ini diisi dengan chinese cuisine. Ni serba sikit penerangan ringkas kalau korang teringin nak makan chinese course ni... sebanyak 9 hidangan yang dihidangkan satu persatu. Gila kentang makan banyak macam ni rasa macam bela jin je dalam perut. Memang makanan tu sikit-sikit tapi bila dan sembilan kali tukar pinggan, perut rasa macam nak terburai. Elok berjaga-jaga kalau tak rugi je nanti.
penyambut tetamu untuk perut ~ groundnut & jasmine tea
Chinese food ni lebih kurang masakan melayu juga cuma rasanya lebih healthy berbanding makanan kita biasa-biasa ni. Lebih banyak guna sos tiram dan kicap dalam setiap masakan. Siapa yang hantu kicap macam kiddos cujie boleh la pegi sesekali merasa dilayan macam tuan puteri. Mau tidaknya jasmine tea tu pantang tinggal sikit dalam cawan... diorang akan refill semula. Nak pula yang macam cujie pantang tengok cawan penuh air mesti nak minum kang diisinya balik. Tak minum kang takut diorang kecik hati... heheh.

Ok meh kita tengok food plak... bon appetite.
Zuan Yuan Four Seasons Combination Platter
Braised Shark's Fin with Bamboo Pith, Shredded Chicken and Crab Meat Soup
Crispy Roasted Chicken topped with Spicy Thai Sauce
Steamed Sea Grouper with Preserved Vegetable and Garlic
Wok-fried Tiger Prawn with Chef's Special Sauce
Braised Duo Mushroom with Sea Cucumber in Green Garden
Steamed Fragrant Rice with preserve Assorted Meat and Yam
Assorted Homemade Pastry
Chilled Chinese Herbal Tea with Aloe Vera

No comments: