Friday, January 21, 2011

Apam Dot dot

Memasak atau baking adalah pekerjaan yang paling seronok. Macam buat eksperimen di dalam makmal. Macam magic juga. Boooossshhhhh... tetiba jadi dengan mengikut kehendak hati. Masa tu hati berbunga-bunga. Nak lagi kalau hubby tersayang pun suka makan sehingga bertambah-tambah. Itu juga salah satu mengikat hati suami...
ni adunan yang bakal dikukus... dot dot hodoh benar
Bila tengok sana sini dok semua gila nak buat apam. Cujie pun teringin nak buat juga. Balik sahaja kerja terus ke dapur... masa tu kiddos dok tidur. Tapi bila start je mixer... Alesha dah bangun nak sibuk sama. Pantang sibuk di dapur, dia pun mahu ikut sama. Nak tak nak bagi la juga sebekas souffle cup tu bagi dia main letakkan sikit adunan... jangan pula dah besar nanti malas nak tolong sudah...
bersusun tunggu nak kena kukus... pandai pon beratur
Wah menjadi... ikut sahaja resepi yang berlambak-lambak dalam internet. Pasti menjadi... cujie kukus pakai rice cooker je... takdak periuk kukus tu lagi. Kenalah juga beli satu kan... senang nak menanak pulut kemudian hari. Ahmad Haikal setakat ni dah makan 2 cup... Alesha pula nak masuk 3 cup. Haih seronok tengok kiddos makan bersungguh sambil riuh cakap kek ummi dia cantik kdan sedap.
jadilah tu nak buat makan sendiri
Hodoh je pun rupa apam dot dot tu... warna pun tak menarik sangat. Nanti nak pi cari warna yang lebih menarik lagi...

2 comments:

iswatie "colours of life" said...

cujie..resepi please...sekali ngan resepi cake rainbow paddle pop tuh

Nem0 o0h Nem0 said...

comelnyer.. rasa cam syg nk makan..
ade resipe?