Friday, December 17, 2010

Seronoknya zaman kanak-kanak

Ini kejadian pada hari terakhir dikampung halaman asmara. Memang sesuai villa ini diberi jolokan villa sepi. Rupanya nama rumah yang arwah abah berikan ketika 20 tahun lalu jadi kenyataan. Rumah tersebut makin sepi. Mungkin sesekali akan hadir kemeriahan rumah tersebut. Akan rindu duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Rindu juga pada padang bola sepak yang dulu meriah dengan kehadiran arwah abah bermain bola bila sesekali balik ke kampung.

Tadi mood blues kerana malam tadi bermimpikan arwah abah. Datang dalam mimpi dengan senyuman.

Sekarang ini mood ceria bila tengok sepupu yang kecil dan sesekali balik ke kampung mereka sudah besar-besar. Kiddos pun sangat happy kononnya dapat berkawan. Tak tahu yang kawan itu adalah sepupu sepapat ummi mereka. Haih... dulu masa kecik gini la kami. Dok berulang pi kedai ustaz beli aiskrim pop. Kalau agak terlebih duit tu beli ding dang. Nanti rumah nenek riuh sebab main nama-nama. Ala main yang mengunakan kertas dan pensil... ikut giliran menyebut abjad. Kalau kata huruf A... list la nama orang, nama negeri, nama buah etc. Pernah main? Bestkan?
Bila waktu malam pula dok buat bulatan duduk dalam bilik bercerita hantu. Dah memasing takut nak pi toilet siap berteman. Bukan tu je kalau main pondok-pondok... siap buat unggun api masak buah getah. Waktu siang memang tak dok dalam rumah... dok main kat luar je. Hah kalau hujan plak dok buat kapal kertas then buang kat parit tengok la dari tingkap kapal kertas siapa paling laju. Macam tu juga kalau waktu makan tengahari... sibuk nak berkelah. Masa baru-baru duduk semenanjung agak pelik juga bila sepupu dok ajak berkelah. Hati seronok ingat dapat berkelah tepi sungai ke laut. Rupanya dok makan bawah pokok rambutan pun disebut berkelah. Even makan kat beranda rumah juga itu disebut berkelah. Sekarang hati dalam mood rindu...
Tengoklah kiddos sangat pheghak duduk kampung.

No comments: