Friday, December 31, 2010

Sayonara 2010 Hye 2011

Pengakhiran yang baik buat tahun 2010.
Tahun baru 2011 masihi, insyallah bakal berlangsung dengan baik sekali – itu doa. Tahun 2010 adalah tahun yang boleh dikatakan tough juga. Awal tahun sahaja kami anak beranak demam. Dan dalam pertengahan tahun – Ahmad Haikal pula chicken pox hingga tak dapat sertai sport day yang telah berhempas pulas berlatih. Itu takdir namanya.

Siapalah kita untuk menghalang takdir Allah. Kemudian pada akhir Oktober, pemergian nenek tersayang menemui Illahi. Sebulan sebelum itu Pakcik Wahab – abang kepada emak yang dulu dijemput menghadap Illahi. Begitu juga dengan teman sekeliling yang kehilangan emak, ayah mahupun adik beradik malah anak saudara. Allah itu Maha berkuasa menentukan baik buruknya sesuatu untuk menguji kita sebagai hambaNya.

Di sini cujie mengambil kesempatan untuk memberikan seribu penghargaan kepada Encik Boss kerana telah memberi kepercayaan kepada cujie. Insyallah dan pastinya cujie akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Moga tak lupa diri dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah yang Esa.

Most probably hubby akan berkurus… berkursus selama satu bulan plus-plus hampir ke dua bulan di negara asing. Persediaan untuk bertugas di tempat baru yang dijangkakan pada bulan June nanti. Kursus tersebut akan dijalankan pada bulan Mac, macam tu. Atau mungkinkah hubby akan balik dengan gemuknya kerana makan 2 kali sehari serta beberapa kali tea break dijamu. Sepanjang tempoh itu cujie juga akan menjalankan 2 tanggungjawab… sebagai ayah juga untuk kiddos. Jangan kiddos makin kurus merindui ayahnya yang berkursus.

Moga kehidupan ceria selalu… biar hati dekat dengan Allah dan RasulNya. Kiranya ada badai menimpa hati tenang menghadapinya. Menghadapinya bersama keluarga tersayang dengan suami tersayang terutamanya. Tahun ni moga kiddos diberikan kesihatan yang tip top… dan baik-baik selalu. Semoga Allah kabulkan doa kudus ini. Moga Allah juga kabulkan apa yang uols hajati. Amin Ya Rabbal Allamin.

No comments: