Monday, December 13, 2010

Poh Paley Weh

Pasti uols pun sibuk berkenduri kendara sejak masuk sahaja cuti sekolah kan... Alhamdulillah last saturday lalu majlis bertandang cousin anak mak ngah telah berjalan dengan lancar. Cuaca pun sangat elok... redup sahaja.
mereka di atas sana... lelaki-lelaki dalam keluarga dan sorang tu cinta hati saya
Bertolak ke Sungai Nerek lepas solat Isyak hari Jumaat from Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya. Malam tu ada Ustaz Harun Din. Penuh masjid... Alesha pun well behaved dalam kuliah dan duduk je dendiam time waktu solat Isyak tu. Then singgah Keramat Wangsa pick up Ahmad Haikal... Pastu singgah makan kat R&R Temerloh... memang mahal giles-giles la. Nasi lemak setakat satu cawan penuh dan lauk rendang ayam 2 pinggan tu dah lebih RM10 ringgit. Saiz ayam tu bukan potong 9... ada kot dalam saiz dua jari ikut saiz jari cujie la eh. Sampai kampung rumah arwah nenek dalam pukul 1am. Terus je tidur.
mereka adalah sepupu sepapat
ini emak saya bersama sepupu saya paling kecil dan paling comel
Buka sahaja mata tersedar hari itu hari sabtu... ya hari kenduri. Sedap eh tidur kat kampung tak pasang aircond sejuk macam duduk London. Heheh.. Bersiap awal juga, ingat nak pergi awal rumah mak ngah. Tetiba cousin plak sampai dari rumah kenduri nak bersiap kat rumah arwah nenek. Haih sembang plak. Jadinya kitorang sampai rumah pengantin dekat pukul 11am. Mak and adik-adik pun dah sampai dah. Jarak rumah pengantin dengan rumah arwah nenek dekat juga. Dalam 3km je.
Mereka keluarga-keluarga saya
Seharian juga la kitorang duduk kat rumah mak ngah. After Asar hubby sibuk nak cari kasut untuk main badminton dengan Paksu sebelah malamnya. Ingat nak cari dedekat je... asal ada je kedai kasut pasti singgah. Tengok-tengok dah sampai Temerloh... malas nak singgah banyak tempat lagi, hubby terus je sambar kasut kat Al-Ikhsan. Tengok sehabis daya nak kan kasut. Gian main badminton. Siap cakap lepas ni kalau balik pahang nak bawa raket and kasut siap-siap. Ntah bila plak nak balik lagi.
mereka la pasangan yang dirai... raja sehari
Balik KL hari Ahad tepat pukul 8pm. Banyak juga kereta atas highway... sampai TMJ residence nih dalam pukul 10pm. Lalu Bukit Jalil... kereta bersusun dari exit Bukit Jalil sampai exit Sri Petaling. Ish ish... sian. Sanggup parking jauh-jauh diorang ni...
mereka adalah adik beradik XOXO

No comments: