Wednesday, December 1, 2010

Membaca Amalan Mulia

Dari zaman persekolahan cujie memang impikan rumah yang ada mini library. Teringin nak ada cop mohor sendiri untuk dicop di buku yang ada. Memang masa sekolah pun cujie dan adik-adik suka pinjamkan buku kami pada kawan-kawan.

Hehe... minat sangat membaca. Insyallah kita penuhkan sedikit demi sedikit bahan bacaan untuk anak-anak dan untuk kita sendiri.
Sekarang ni seronok lagi bila hubby suka kongsikan bahan bacaannya tu dengan cujie. Siap bacakan kuat-kuat... cujie dengarlah macam dia baca story book sebelum masuk tidur. Ini yang buat jatuh cinta banyak kali pada bekas tunang cujie tu.
Marilah membaca... dengan membaca juga kita boleh menambahkan ilmu di dada.

p/s : semalam ikut hubby pergi kuliah maghrib. Ustaz kata kalau kita dengar nama anak kita disebut dalam satu majlis mesti kita berdebar-debar nama anak kita tetiba disebut. Tapi kalau hari ni kita dengar orang sebut 'Allah' hati kita tak berdebar, itu tandanya Allah jauh dari kita.

2 comments:

Amoi MiyaSya said...

yeah ! kiter pun suke membaca kak ! :) teringin jugak nak ada mini library :P

Cujie said...

amoi,

bestkan kalau ada library kat rumah... hehe susun buku kat rak tu. Rasa happy!