Thursday, December 16, 2010

Kasih adik beradik

Harap dapat buat entry selaju mungkin. Kerana ni blog saja seorang blog boleh buat atau taip laju-laju tanpa kena speed traps oleh PDRM. Sekali saman jangan main-main RM300 melayang-layang begitu sahaja. Mujur ada Year End Sale... boleh dapat potongan 50% sampai hujung tahun. Hinggakan MYEG tersangat slow akibat traffic jammed. Ingat jalanraya je ada traffic.

Ok mari mulakan dengan Bismillah...

Inilah rupa orang yang merindui saudara kandungnya iaitu abangnya. Beliau dan abang beliau terpisah seketika mengakibatkan beliau merindui saudara seperjuangan menyepah rumah. Tapi walau beliau seorang pun rumah tetap bersepah... terbukti bakat terpendam beliau bukanlah akibat partnership tetapi atas dasar dorongan dan bersatu hati dengan abang beliau.
Everytime and everyday... even minutes she keeps calling her abang. Ditangan beliau sentiasa ada gambar abangnya. Akan tetapi abang beliau tidaklah langsung mengingatkan adik beliau. Sakan bergembira dibelai nenek tersayang. Bukan sahaja nenek... makcik beliau juga mencurahkan kasih sayang. Abang beliau dimewahi dengan kasih sayang...
nangis sedih teringat abang
Sehinggakan ayahanda beliau menyesal kerana memisahkan beliau dengan abangnya. Macam orang bercinta... pandang gambar sebut Haikal, pandang basikal sebut Haikal, pandang pinggan makan abang pun sebut Haikal. Sampaikan ayahanda dan bonda beliau tak sanggup untuk menyebut nama abang beliau dihadapan beliau.

No comments: