Saturday, December 18, 2010

Harapkan pagar...

Pagar pula roboh.
Kalau roboh tidak menyusahkan orang itu tak mengapa. Contohnya macam tembok Berlin itu... tembok juga boleh dikatakan pagar, betul? Sebab itu ada pepatah... harapkan pagar, pagar makan padi. Hehe tak pernah lagi la tengok bendang di sawah di pagar menjaga padi. Belum la lagi setakat ini menengok pagar makan padi. Kalau pagar makan padi, abis kita nak makan apa... ladang gandum belum tentu ada di Malaysia. Oh yeah!
Bila ianya terjadi encik suami muka dah monyok. Mood berlari-lari dan berbuai-buai hingga menyebabkan kiddos dan cujie tak ke pasar malam. Ingat nak juga cari buah-buahan... maklumlah budak membesar ni kuat makan. Cujie suka. Tengok perut bulat kiddos... rasa penat jerih bekerja di bendang tadi berbaloi-baloi.
Jadi hubby pun berlenggang kangkung ke kedai tuan empunya pagar. Kita berikan jolokan namanya Mr. Wong. Nasib memang baik... Mr. Wong mahu bertanggungjawab sepenuhnya untuk memulihkan semula kereta kami. Kami tak minta pun cuma mengadu nasib je sebab pagar yang Mr. Wong tak jaga tu dah menyebabkan kami sedikit sedih. Kereta kami sedikit luka.

Jadi berterima kasih kepada Mr. Wong bukan nama sebenar.

No comments: