Thursday, December 9, 2010

Forum Awal Muharram

Bila kiddos tiada di rumah jadi sunyi sepi. Bila kiddos tiada di rumah jadi kemas teratur. Lalu hati rindu dengan rumah yang riuh rendah dengan suara mereka. Malam Isnin bila encik suami mengizinkan isterinya keluar rumah dan bermalam di rumah adiknya... beliau sangat happy tapi berat hati juga nak meninggalkan suaminya tidur keseorangan.

Tapi sama berat juga hatinya nak peluk cium anak-anak kesayangan beliau. Sangat. Hampir seharian bersama anak tiba masanya janji perlu ditunaikan. Encik suami mahu membawa isterinya ke kuliah kerana hari tersebut hari tahun baru bagi seorang Muslim. Jadi di masjid diadakan forum dan program santap menyantap. Jadi pulanglah ke tempat asalnya... petang itu sambil menunggu encik suaminya pulang untuk membawanya ke masjid.
Forum yang diadakan sungguh meriah sekali. Alhamdulillah. Majlis ilmu... ahli panel pada hari itu ialah Ustaz Sauqi dari Universiti Malaya dan Ustaz Halim Din. Masa sebelum Hari Raya Haji lepas Ustaz Halim Din ada beri kuliah subuh. Memang tak mengantuk. Majlis habis lebih kurang dalam pukul 10.00 malam dan bersambung dengan solat Isyak. Seterusnya ada makan-makan. Siap ada makcik tu tapaukan lauk lagi untuk kami. Itupun ambil sebab dah memang baki lauk pauk malam tu. Lagipun kami antara orang terakhir tolong kemaskan apa yang patut.
Alhamdulillah kami gunakan masa dan peluang yang ada sebaik mungkin ketika kiddos tak ada ni. Tapi will be continue untuk selalu pergi ke majlis-majlis agama... bawa aje kiddos kan. Seronok tau dapat pergi majlis seumpama ini. Dapat kenal ramai jemaah... kawan dengan makcik-makcik yang memang setiap hari datang. Diorang mesti duduk saf pertama. Heheh...

Ini cenderahati from Turkey... purse coin macam carpet gitu. Gift from my GM.

4 comments:

Anonymous said...

Jelas ada banyak tahu tentang hal ini. Saya pikir Anda membuat beberapa poin baik di Fitur juga. Tetap bekerja, pekerjaan yang besar!

Anonymous said...

Ini masalah saya benar-benar dipecahkan, terima kasih!

Anonymous said...

Seotons - Entreprise de Creation site internet

Anonymous said...

Hi , I am new. Better had make an introduction.

see you around and Thank you (sorry if this is the wrong place to post)