Friday, December 31, 2010

Sayonara 2010 Hye 2011

Pengakhiran yang baik buat tahun 2010.
Tahun baru 2011 masihi, insyallah bakal berlangsung dengan baik sekali – itu doa. Tahun 2010 adalah tahun yang boleh dikatakan tough juga. Awal tahun sahaja kami anak beranak demam. Dan dalam pertengahan tahun – Ahmad Haikal pula chicken pox hingga tak dapat sertai sport day yang telah berhempas pulas berlatih. Itu takdir namanya.

Siapalah kita untuk menghalang takdir Allah. Kemudian pada akhir Oktober, pemergian nenek tersayang menemui Illahi. Sebulan sebelum itu Pakcik Wahab – abang kepada emak yang dulu dijemput menghadap Illahi. Begitu juga dengan teman sekeliling yang kehilangan emak, ayah mahupun adik beradik malah anak saudara. Allah itu Maha berkuasa menentukan baik buruknya sesuatu untuk menguji kita sebagai hambaNya.

Di sini cujie mengambil kesempatan untuk memberikan seribu penghargaan kepada Encik Boss kerana telah memberi kepercayaan kepada cujie. Insyallah dan pastinya cujie akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Moga tak lupa diri dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah yang Esa.

Most probably hubby akan berkurus… berkursus selama satu bulan plus-plus hampir ke dua bulan di negara asing. Persediaan untuk bertugas di tempat baru yang dijangkakan pada bulan June nanti. Kursus tersebut akan dijalankan pada bulan Mac, macam tu. Atau mungkinkah hubby akan balik dengan gemuknya kerana makan 2 kali sehari serta beberapa kali tea break dijamu. Sepanjang tempoh itu cujie juga akan menjalankan 2 tanggungjawab… sebagai ayah juga untuk kiddos. Jangan kiddos makin kurus merindui ayahnya yang berkursus.

Moga kehidupan ceria selalu… biar hati dekat dengan Allah dan RasulNya. Kiranya ada badai menimpa hati tenang menghadapinya. Menghadapinya bersama keluarga tersayang dengan suami tersayang terutamanya. Tahun ni moga kiddos diberikan kesihatan yang tip top… dan baik-baik selalu. Semoga Allah kabulkan doa kudus ini. Moga Allah juga kabulkan apa yang uols hajati. Amin Ya Rabbal Allamin.

Monday, December 27, 2010

Horse Power

Siapa kata boss tak sayang ek. Sekali complaint terus dapat pc baru. Tipu daya betul nak bodek boss nak dapatkan new version punya microsoft office end up boss kata pi beli je la desktop baru. Eh kalau pakai microsoft office 2003 tu buka yang up-to-date punya microsoft kalau print memang lari... tak cantik langsung. Dah memang keje bergelumang dengan pie chart... excel segala mesti la nak yang up-to-date untuk melicinkan pekerjaan yang serba serbi manual takdak system.
hewlett packard
Nama je ada perisian sendiri tapi itulah... ada kerja yang memerlukan perisian yang canggih sikit la. Nak tak nak kenalah company melabur lebih sikit. Uih bila dah dapat desktop baru... cujie antara dekstop yang paling up-to-date la di office. Kerja pun semangat je... screen pun nipis tak banyak makan space kat cubical cujie tu...
Kadang kekok juga menggunakan microsoft office 2010 ni... yelah selalu 2003... yang 2007 pun jarang je godek. Jari jemari plak masih lagi belum serasi dengan keyboard baru yang memang selesa nak menaip. Senyap je... smooth!
ini yang lama telah berjasa selama 6 tahun

Happy working for 2011. Perhaps!

Tuesday, December 21, 2010

Book Xcess is the best!

Kali ni tak pergi pun book xcess tapi kirim je dengan sahabat handai. Puas belek kat facebook – rajin staff book xcess update new arrivals at facebook. The night before I’ve already do the listing the books I must have. The most important – must have book is no. 1 in the list is Shopaholic & Baby. Suppose to get a copy of Shopaholic & Sister then Shopaholic & Baby… tapi better hurry sebelum disambar orang.

Unfortunately the Shopaholic & Baby is out of stock. Huhu sedih sedikit. Tapi the rest cujie punya list terkabul juga. Ok dapat sambar the time traveler’s wife… buku ni lama dalam bestseller list at MPH so apa kata kita pun mesti dapatkannya juga. Then the Book of Tomorrow and There’s No Place Like Here. Erm yang mana nak baca dulu eh…

Since kiddos dah kira besar sikit, masing-masing independent – maksud independent di sini bukanlah hundred percent boleh buat apa yang mereka mahu. Dalam konteks ini kiddos reti main sendiri tanpa full attention of me. Walaupun bukan membaca buku ilmiah tapi focus juga perlu ada. Kalau tidak… tak feel. Bila takde feeling macamana nak rasa betapa bestnya buku tersebut.

See the price of the books… I told you before. It’s really cheap!

Saturday, December 18, 2010

Harapkan pagar...

Pagar pula roboh.
Kalau roboh tidak menyusahkan orang itu tak mengapa. Contohnya macam tembok Berlin itu... tembok juga boleh dikatakan pagar, betul? Sebab itu ada pepatah... harapkan pagar, pagar makan padi. Hehe tak pernah lagi la tengok bendang di sawah di pagar menjaga padi. Belum la lagi setakat ini menengok pagar makan padi. Kalau pagar makan padi, abis kita nak makan apa... ladang gandum belum tentu ada di Malaysia. Oh yeah!
Bila ianya terjadi encik suami muka dah monyok. Mood berlari-lari dan berbuai-buai hingga menyebabkan kiddos dan cujie tak ke pasar malam. Ingat nak juga cari buah-buahan... maklumlah budak membesar ni kuat makan. Cujie suka. Tengok perut bulat kiddos... rasa penat jerih bekerja di bendang tadi berbaloi-baloi.
Jadi hubby pun berlenggang kangkung ke kedai tuan empunya pagar. Kita berikan jolokan namanya Mr. Wong. Nasib memang baik... Mr. Wong mahu bertanggungjawab sepenuhnya untuk memulihkan semula kereta kami. Kami tak minta pun cuma mengadu nasib je sebab pagar yang Mr. Wong tak jaga tu dah menyebabkan kami sedikit sedih. Kereta kami sedikit luka.

Jadi berterima kasih kepada Mr. Wong bukan nama sebenar.

Friday, December 17, 2010

Seronoknya zaman kanak-kanak

Ini kejadian pada hari terakhir dikampung halaman asmara. Memang sesuai villa ini diberi jolokan villa sepi. Rupanya nama rumah yang arwah abah berikan ketika 20 tahun lalu jadi kenyataan. Rumah tersebut makin sepi. Mungkin sesekali akan hadir kemeriahan rumah tersebut. Akan rindu duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Rindu juga pada padang bola sepak yang dulu meriah dengan kehadiran arwah abah bermain bola bila sesekali balik ke kampung.

Tadi mood blues kerana malam tadi bermimpikan arwah abah. Datang dalam mimpi dengan senyuman.

Sekarang ini mood ceria bila tengok sepupu yang kecil dan sesekali balik ke kampung mereka sudah besar-besar. Kiddos pun sangat happy kononnya dapat berkawan. Tak tahu yang kawan itu adalah sepupu sepapat ummi mereka. Haih... dulu masa kecik gini la kami. Dok berulang pi kedai ustaz beli aiskrim pop. Kalau agak terlebih duit tu beli ding dang. Nanti rumah nenek riuh sebab main nama-nama. Ala main yang mengunakan kertas dan pensil... ikut giliran menyebut abjad. Kalau kata huruf A... list la nama orang, nama negeri, nama buah etc. Pernah main? Bestkan?
Bila waktu malam pula dok buat bulatan duduk dalam bilik bercerita hantu. Dah memasing takut nak pi toilet siap berteman. Bukan tu je kalau main pondok-pondok... siap buat unggun api masak buah getah. Waktu siang memang tak dok dalam rumah... dok main kat luar je. Hah kalau hujan plak dok buat kapal kertas then buang kat parit tengok la dari tingkap kapal kertas siapa paling laju. Macam tu juga kalau waktu makan tengahari... sibuk nak berkelah. Masa baru-baru duduk semenanjung agak pelik juga bila sepupu dok ajak berkelah. Hati seronok ingat dapat berkelah tepi sungai ke laut. Rupanya dok makan bawah pokok rambutan pun disebut berkelah. Even makan kat beranda rumah juga itu disebut berkelah. Sekarang hati dalam mood rindu...
Tengoklah kiddos sangat pheghak duduk kampung.

Thursday, December 16, 2010

Kasih adik beradik

Harap dapat buat entry selaju mungkin. Kerana ni blog saja seorang blog boleh buat atau taip laju-laju tanpa kena speed traps oleh PDRM. Sekali saman jangan main-main RM300 melayang-layang begitu sahaja. Mujur ada Year End Sale... boleh dapat potongan 50% sampai hujung tahun. Hinggakan MYEG tersangat slow akibat traffic jammed. Ingat jalanraya je ada traffic.

Ok mari mulakan dengan Bismillah...

Inilah rupa orang yang merindui saudara kandungnya iaitu abangnya. Beliau dan abang beliau terpisah seketika mengakibatkan beliau merindui saudara seperjuangan menyepah rumah. Tapi walau beliau seorang pun rumah tetap bersepah... terbukti bakat terpendam beliau bukanlah akibat partnership tetapi atas dasar dorongan dan bersatu hati dengan abang beliau.
Everytime and everyday... even minutes she keeps calling her abang. Ditangan beliau sentiasa ada gambar abangnya. Akan tetapi abang beliau tidaklah langsung mengingatkan adik beliau. Sakan bergembira dibelai nenek tersayang. Bukan sahaja nenek... makcik beliau juga mencurahkan kasih sayang. Abang beliau dimewahi dengan kasih sayang...
nangis sedih teringat abang
Sehinggakan ayahanda beliau menyesal kerana memisahkan beliau dengan abangnya. Macam orang bercinta... pandang gambar sebut Haikal, pandang basikal sebut Haikal, pandang pinggan makan abang pun sebut Haikal. Sampaikan ayahanda dan bonda beliau tak sanggup untuk menyebut nama abang beliau dihadapan beliau.

Monday, December 13, 2010

Poh Paley Weh

Pasti uols pun sibuk berkenduri kendara sejak masuk sahaja cuti sekolah kan... Alhamdulillah last saturday lalu majlis bertandang cousin anak mak ngah telah berjalan dengan lancar. Cuaca pun sangat elok... redup sahaja.
mereka di atas sana... lelaki-lelaki dalam keluarga dan sorang tu cinta hati saya
Bertolak ke Sungai Nerek lepas solat Isyak hari Jumaat from Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya. Malam tu ada Ustaz Harun Din. Penuh masjid... Alesha pun well behaved dalam kuliah dan duduk je dendiam time waktu solat Isyak tu. Then singgah Keramat Wangsa pick up Ahmad Haikal... Pastu singgah makan kat R&R Temerloh... memang mahal giles-giles la. Nasi lemak setakat satu cawan penuh dan lauk rendang ayam 2 pinggan tu dah lebih RM10 ringgit. Saiz ayam tu bukan potong 9... ada kot dalam saiz dua jari ikut saiz jari cujie la eh. Sampai kampung rumah arwah nenek dalam pukul 1am. Terus je tidur.
mereka adalah sepupu sepapat
ini emak saya bersama sepupu saya paling kecil dan paling comel
Buka sahaja mata tersedar hari itu hari sabtu... ya hari kenduri. Sedap eh tidur kat kampung tak pasang aircond sejuk macam duduk London. Heheh.. Bersiap awal juga, ingat nak pergi awal rumah mak ngah. Tetiba cousin plak sampai dari rumah kenduri nak bersiap kat rumah arwah nenek. Haih sembang plak. Jadinya kitorang sampai rumah pengantin dekat pukul 11am. Mak and adik-adik pun dah sampai dah. Jarak rumah pengantin dengan rumah arwah nenek dekat juga. Dalam 3km je.
Mereka keluarga-keluarga saya
Seharian juga la kitorang duduk kat rumah mak ngah. After Asar hubby sibuk nak cari kasut untuk main badminton dengan Paksu sebelah malamnya. Ingat nak cari dedekat je... asal ada je kedai kasut pasti singgah. Tengok-tengok dah sampai Temerloh... malas nak singgah banyak tempat lagi, hubby terus je sambar kasut kat Al-Ikhsan. Tengok sehabis daya nak kan kasut. Gian main badminton. Siap cakap lepas ni kalau balik pahang nak bawa raket and kasut siap-siap. Ntah bila plak nak balik lagi.
mereka la pasangan yang dirai... raja sehari
Balik KL hari Ahad tepat pukul 8pm. Banyak juga kereta atas highway... sampai TMJ residence nih dalam pukul 10pm. Lalu Bukit Jalil... kereta bersusun dari exit Bukit Jalil sampai exit Sri Petaling. Ish ish... sian. Sanggup parking jauh-jauh diorang ni...
mereka adalah adik beradik XOXO

Thursday, December 9, 2010

Forum Awal Muharram

Bila kiddos tiada di rumah jadi sunyi sepi. Bila kiddos tiada di rumah jadi kemas teratur. Lalu hati rindu dengan rumah yang riuh rendah dengan suara mereka. Malam Isnin bila encik suami mengizinkan isterinya keluar rumah dan bermalam di rumah adiknya... beliau sangat happy tapi berat hati juga nak meninggalkan suaminya tidur keseorangan.

Tapi sama berat juga hatinya nak peluk cium anak-anak kesayangan beliau. Sangat. Hampir seharian bersama anak tiba masanya janji perlu ditunaikan. Encik suami mahu membawa isterinya ke kuliah kerana hari tersebut hari tahun baru bagi seorang Muslim. Jadi di masjid diadakan forum dan program santap menyantap. Jadi pulanglah ke tempat asalnya... petang itu sambil menunggu encik suaminya pulang untuk membawanya ke masjid.
Forum yang diadakan sungguh meriah sekali. Alhamdulillah. Majlis ilmu... ahli panel pada hari itu ialah Ustaz Sauqi dari Universiti Malaya dan Ustaz Halim Din. Masa sebelum Hari Raya Haji lepas Ustaz Halim Din ada beri kuliah subuh. Memang tak mengantuk. Majlis habis lebih kurang dalam pukul 10.00 malam dan bersambung dengan solat Isyak. Seterusnya ada makan-makan. Siap ada makcik tu tapaukan lauk lagi untuk kami. Itupun ambil sebab dah memang baki lauk pauk malam tu. Lagipun kami antara orang terakhir tolong kemaskan apa yang patut.
Alhamdulillah kami gunakan masa dan peluang yang ada sebaik mungkin ketika kiddos tak ada ni. Tapi will be continue untuk selalu pergi ke majlis-majlis agama... bawa aje kiddos kan. Seronok tau dapat pergi majlis seumpama ini. Dapat kenal ramai jemaah... kawan dengan makcik-makcik yang memang setiap hari datang. Diorang mesti duduk saf pertama. Heheh...

Ini cenderahati from Turkey... purse coin macam carpet gitu. Gift from my GM.

Monday, December 6, 2010

Salam 1432H

Salam Maal Hijrah 1432H.

Semoga tahun ini diberikan seribu keberkatan. Hijrah itu satu perjuangan dan pengorbanan ke jalan Islam. Insyallah.

Sesat yang teribble

Semalam after Zuhur, mak sampai nak ajak ke Nilai 3 untuk beli serba sikit persiapan adik cujie tu. Haih tak lama je lagi majlisnya. Rasa nak terpengsan plak. Mujur hantaran semua kita hantar to third party je. Jadi tak semak fikiran nak fikir tang hantaran. Lagipun majlis pun dibuat di dewan takde nak fikir nak deko rumah... nak langsir baru atau deko bilik pengantin.
tukang drebar
Banyak juga kebaikan buat kat dewan ni... rumah tak sepah. Lagipun takda masak memasak... semua serah je. Dah tak berbapa ni semua pandai buat sendiri... serba berdiri di kaki sendiri. Mak pun relaks je sampai hari majlis. Mak pun hanya tinggal berdiri duduk je kat pintu masuk, sambut tetamu.
tukang ikut
tukang makan dan tukang ikut no. 2
toll UPM
Sekejap je pun kat nilai. Just ke kedai yang nak dituju sahaja selepas tu ternampak plak kedai yang jual jam bertemakan English Deco. Mak pun beli dan balik. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, Alesha ok je tak plak mabuk. Pelik.
Hotel Mania
Then terus hantar Angah to JW Marriot, Putrajaya. Pusing bulatan Putrajaya 2 kali... pastu baru nak keluar maps guna application yang ada dalam Blackberry kemudian tersalah masuk exit dan kena U-turn plak... then dah betul depan pintu gerbang nak masuk JW Marriot kitorang plak ingat salah. Dah pusing balik bulatan Putrajaya tu sebab nak U-turn. Barulah sampai ke destinasi. Adoi!!! Sesat dengan teruknya.
kakak sulong oppsss ini emak saya
sedang dancing ~ happy
susah nak berpisah
belakang tu not snowman tapi gabus man
Naik ke bilik hantar Angah tumpang solat Asar... balik ke PJ to TMJ residence. Itupun agak jammed sikit lepas tol sungai besi. Alesha plak nak ikut balik... tapi tak boleh nak berpisah plak dengan abangnya. Terpaksa biar ikut mak... nangis sekejap. Actually kiddos dah seminggu lebih ikut nenek ke Setiawangsa. Ni sambung lagi seminggu... dua minggu ni kami bujang. Ambil la kesempatan pi masjid. Bila lagi...

Saturday, December 4, 2010

the tempting red velvet cupcakes

Kita tak perlu cerita banyak. Lets the picture do the talking. Selembut baldu rasanya sebagaimana namanya.

Ini adalah cara makan cupcakes yang sebenar tanpa sudu. Baru tahu dari kak Lia... just kopek tepi cup kalau pakai souffle cup la... untuk pengetahuan lebih lanjut lagi eloklah tengok blog Kak Lia.
Teringin juga nak cuba buat kek baldu merah ini suatu hari nanti.

Friday, December 3, 2010

Lunch @ Wondermilk

Mata sudah mengantuk tapi hati berkobar nak buat entry. Tak dapat menahan diri walau esok hari untuk membuat entry ini. Kerana esok belum tahu lagi dapat update atau tidak dek kekangan masa. Wah... sejak bila cujie ni menghargai waktu. Bluwekkk...
DSCN2586
DSCN2585
Hari ini kami dapat meloloskan diri daripada penjara office. Sekian lama tak bersantai bergumbira hahaha bersama sahabat handai. Kebetulan waktu yang sesuai apabila boss takde di office. Sejak dua menjak ni office makin sibuk berpakatan strategik sana sini. Kami, staff pun ada pakatan strategik... Jom ke Wondermilk
DSCN2575
DSCN2577
DSCN2573
Kami pun pakat nak makan kek cawan. Wah sungguh rindu nak makan kek cawan baldu merah tu... sangat heaven kalau dapat merasanya. Nak lagi kalau dapat makan mint choc chip nya tu... tidur malam sure lena. Sungguh pun diri sendiri boleh diharap buat cupcake... tapi yang beli juga yang lebih sedap.
DSCN2584
DSCN2588
Cujie amik Wondermeal Steak & Cheese Roll. Sedap lemak berkrim. Then Kak Ujie & Hajjar teringin nak merasa Baked Potato... so Rose & Cujie suggested amik Baked Potato Chicken & Cheese. Sedap dan kenyang amat. Air Mango Soda pun sangat refreshie. Alhamdulillah... sebelum balik kitorang pakat pula beli cupcakes. Cupcake Red Velvet itu wajib beli. Nanti menyesal.

Wondermilk (M) Sdn Bhd
41 Jalan ss 21/1A
Damansara Uptown
47400 Petaling Jaya

Opening Hours:

Mon-Sun 9am to 10pm
Closed on public holidays

Tel: 03-77258930
Fax: 03-77289931