Sunday, November 7, 2010

Zoo Negara

Memula nak pergi hari Jumaat tapi memandangkan nanti sure kelam kabut sebab hubby nak pergi solat jumaat. Digantikan pula hari sabtu... tiba-tiba hubby kena kerja 7am - 12pm. Sayang pula dah tengahari... of course panas. Postpone to Sunday... Ahmad Haikal muka dah monyok je.

So today here we are... Zoo Negara. Ok cujie baru berapa kali masuk ntah le. Ahmad Haikal masa kecil dulu belum berjalan pun hubby dah bawa pergi zoo taiping. Jadi Alesha belum pernah ke zoo. Plus Ahmad Haikal pun dah pandai untuk menghargai makna zoo dalam kamus hidupnya. Seperti biasa kita pergi breakfast kat medan selera kedai kakak nasi lemak tu. Ahmad Haikal bad mood sebab dia kalau boleh dah tak nak singgah mana-mana pon macam cujie masa kecik juga... unhappy kalau arwahyarham abah singgah Temerluh kalau nak balik kampung.
Kiddos very excited to see animals... terutamanya elephant, tiger, monkey & lion. Jangankan kids, mak bapaknya pon sama! Kami sampai sedang elok animals show nak mula. Ambil tempat paling hadapan sekali. Antara animals yang buat show parrot, eagle, sea lion yang cute etc.
hop into the hula hop
melompat dengan tinggi FAKTA can reach 9ft
basketball
Berjalan kaki sahaja nak 10,000 langkah sehari kan... nasib bawak stroller. Kalau tidak jenuh nak dukung anak dara tu. Ahmad Haikal pun tak ada merengek sepanjang dalam zoo. Hujan je sikit... tapi kitorang buat kebal. Kiddos dah dilindungi dari hujan itu tak apa. Janji boleh jalan. So cuaca mendung sahaja seharian... alhamdulillah.
hippopotamus
gibbon
masak lomak pun sodap
inilah burung yang selalu terbang sekawan buat bentuk ^
albino python
giant tortoise
giraffe
elephant
tapir yang mogok tak dapat cuti deepavali
porcupine
the king of the jungle ~ lion
camel ditengah padang rumput

Ok... conclusion, Alesha sangat minat dengan hippopotamus. Ahmad Haikal pula suka dengan orang utan sebab manja dan pandai swing. LOL.

Bagi yang berminat untuk bawa kiddos ke zoo, pergilah. Apa tunggu lagi...

Fees with mykad adult ~ RM20 & kid 3 to 12 yrs old ~ RM6. Bawa bekalan air secukupnya kerana dalam zoo, air minuman ibarat minyak. Faham-faham sajalah.

No comments: