Tuesday, November 23, 2010

Stop Child Abuse

unicef
Masih ingat dengan entry tentang Baby P? Seorang bayi yang berumur 1 tahun 5 bulan yang didera sehingga membawa kepada kematian tragis.

Penderaan kanak-kanak diklasifikasi kepada 4 iaitu pengabaian 'neglect', penderaan secara fizikal 'physical abuse', penderaan emosi 'psychological/emotional abuse' dan penderaan seksual 'sexual abuse'.

Pengabaian
Lumrah bagi seorang bayi sehingga kanak-kanak memerlukan kasih sayang. Malah bukan itu sahaja penyediaan dari segi keperluan seperti baju, makanan serta kebersihan juga perlu. Pendidikan dan perubatan juga perlu diambil berat. Terdapat beberapa kes dimana seorang kanak-kanak dilaporkan hilang sebenarnya disembunyikan oleh ibubapa di bahagian bawah tanah rumah mereka. Kanak-kanak ini dibiarkan hidup sendirian tanpa cahaya atau makanan. Sehingga ada yang mengikut kelakuan seperti apa yang dilihat semasa tempoh pembesarannya. Ada yang tidak tahu berjalan dengan sebetulnya dengan mengikut cara anjing atau kucing berjalan.
seorang kanak-kanak yang diabaikan dan didera secara fizikal

Penderaan fizikal
Penderaan yang paling banyak dilaporkan. Kebanyakkan kes kematian dilaporkan kerana penderaan fizikal. Kisah baby P juga lebih kepada penderaan fizikal. Di Malaysia juga sudah banyak kes yang dilaporkan di televisyen dan surat khabar. Contohnya pada 27 Februari 2010, kes Syafia Humairah, 3 tahun mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Kanak-kanak tersebut ditampar, ditendang di perut beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah keseluruhan badan.
jenazah Syafia diusung ke tanah perkuburan
pic source : google

Sebelum ini pada 21 oktober 2009 seorang kanak-kanak berusia 3 tahun mati didera, dirogol dan diliwat oleh teman lelaki ibunya berbangsa Afrika. Ibu yang tidak selayaknya bergelar ibu itu bersekongkol dengan teman lelakinya dan melaporkan konon anaknya didera sehingga mati oleh pembantu rumah mereka. Padahal mereka tidak pernah mempunyai pembantu rumah pun.

Penderaan seksual
Penderaan seksual ini adalah melibatkan rogol, liwat atau cabul kanak-kanak. Penderaan ini kebanyakkan memberi kesan mental kepada mangsa. Kes penderaan seksual ini pernah dilaporkan di Austria yang mendapat liputan hebat. Ini kerana seorang bapa yang mengurung anak perempuannya di bawah tanah dan dirogol sehingga melahirkan 7 orang anak. Elisabeth yang dikurung sejak berumur 11 tahun tidak pernah keluar dari kurungan selama 24 tahun. Kes ini terbongkar apabila salah seorang anak Elisabeth sakit tenat sehingga Josef iaitu bapa Elisabeth yang mengurung dan merogol terpaksa membawanya ke hospital. Elisabeth dan anak-anaknya kini sedang menjalani rawatan psikologi.
Kakitangan media semalam berkumpul di luar bangunan yang mencetuskan kisah gempar di Amstetten. Gambar kecil - Josef Fritzl

Penderaan emosi

Penderaan jenis ini adalah termasuk dengan panggilan nama yang boleh memalukan mangsa, mengejek, merendahkan martabat, merosakkan barang kesayangan seseorang, mendapat kritikan yang hebat sehingga menjejaskan emosi. Ini menyebabkan mangsa akan murung dan menyisih dari masyarakat.
mengejek juga satu penderaan emosi

Cujie memang mengecam sekeras-kerasnya kes penderaan ini. Malah mahu kerajaan memberi hukuman yang lebih berat lagi. Setimpal dengan apa yang dilakukan oleh pesalah yang kejam tanpa belas kasihan terhadap mangsa mahupun anaknya sendiri. Ajarilah anak kita dengan kasih sayang serta didikan agama. Anak-anak kita inilah yang akan membela nasib kita kemudian hari, Insyallah.

Hentikan penderaan kanak-kanak!


No comments: