Sunday, November 21, 2010

petit petit muse

Lepas je sapu dan mop rumah on tv. Tetiba hati macam rindu nak tengok korean drama. Apa lagi KBS world la... isk cerita cartoon plak. Meh tengok jap. Animasi sangat cantik macam Japan juga la cartoon nya. Karektor semua cantik-cantik dan handsome. Tapi bila marah atau sedih... mimik muka langsung berubah jadi hodoh. Hehe... masih suka juga.
Ceritanya mengisahkan sepasang kembar iaitu Ara & Ari. Sorang nak jadi model dan sorang lagi nak jadi fashion designer. Kedua-duanya dah terminat pada lelaki yang sama. Pastu ada plak macam rabbit... ini tahap merepek sikit. Tapi masih suka juga. Rabbit tu ada kuasa magic... ini pun masih suka juga. Yorang namanya... cute. Di akhir cerita siap ada tips... tips hari ni kalau chewing gum terlekat di rambut, ambil ais dan gosok sampai chewing gum tersebut keras. Kemudian tanggalkan dari rambut.

Siapa yang otak cartoon... bolehlah tengok setiap Ahad, 7.53am. Kalau diberi peluang la... bahasa ketiga nak belajar adalah bahasa korea. Hehe...

No comments: