Sunday, November 28, 2010

Keluar malam waktu winter

Semalam seharian duduk rumah plus hubby kerja balik lambat. Memula hubby kata dia balik lambat sebab nak cari computer box untuk kereta adik dia. Puas dah cari satu KL tak jumpa. Memula tertanya-tanya juga sampai Maghrib pun tak balik. Rupanya dia kerja... yelah risau tau. Mana tahu kan... bukan nak mendoakan tapi sebab sayang :))
while waiting hubby bersiap
nak pokok biru? merah? putih la...
Then he back on 10pm suruh siap. Nak bawa familinya berjalan-jalan makan angin. Tapi tak tau nak pergi mana malam macam gitu. Nak plak malam yang sejuk di musim winter. Hubby terus meluncur je bawa pi iCity... dia belum pernah pergi lagi. Ok la... bebudak pun happy tengok lampu cantik-cantik. Macam nak angkat sepokok nak letak depan beranda rumah. Melampau bukan?
si bujang yang bad mood takmo bergambar
Ok sampai je kat selekoh nak masuk iCity tu diorang minta RM2 untuk parking. Tapi budak yang kutip duit tu offer masuk rumah salji atau safari dengan RM10. Dia kata buka sampai pukul 3 pagi. Cujie memang dalam hati dah rasa macam pernah masuk. Tapi dulu free je. Waktu sampai tu dah pukul 11.30pm. Sampai je dekat atas... dah parking, keluarkan stroller Alesha. Hubby plak sibuk nak cari toilet... kiddos and cujie tunggu depan rumah salji tu. Memang betul pun... dulu free. Tiket RM10 tu boleh bawa masuk 5 orang sahaja. Before that ada satu tent dekat dengan logo bentuk bulat... situ pun ada jual tiket. Memula hubby tanya kat kaunter tu... memula dia kata tutup pukul 12tghmalam. Hubby suruh cujie plak tanya kot tak faham soalan. Cujie tanya rumah salji dan safari tu buka sampai pukul berapa sebab kat bahagian bawah cakap sampai pukul 3 pagi. Eh dia pun kata buka sampai 3 pagi.
hubby layan kiddos
Alesha sekarang kalau outing sibuk cari tudung... alhamdulillah
Tepat je pukul 12tghmalam rumah salji tu pun tutup. Tak ke mendatangkan kemarahan secara total. Bukan kitorang je... ramai la kat situ tercengang bila diorang tak kasi masuk dan nak tutup. Sedangkan masa jual tiket memasing kata sampai pukul 3 pagi. Tak ke menipu namanya. Nak lagi salah fakta ke hape... takkan diorang sibuk nak jual tiket walaupun masa tu dah pukul 11.50pm. Ramai yang masih dok beli. Takkan sempat nak pi ke rumah salji dalam masa 10 minit. Walaupun RM10 je... tapi bab tipu menipu ni memang paling dibenci.
sayang panda ni... siap diciumnya
the panda so cute... no?
sibuk nak naik panda tu...
naik juga akhirnya
Sekejap je pun kat sana... Alesha je yang sibuk nak bergambar. Ingat nak singgah A&W kat Amcorp Mall bila toleh belakang Ahmad Haikal dah senyap tidur. Takpelah... kita terus balik.
ni nak balik dah... last pic

2 comments:

iswatie "colours of life" said...

kami jugak yg x sampai2

Cujie said...

watie,

nanti baby besar sikit hang pi la...
seronok juga... tapi hang sedia ja tinge sebab budak2 akan dok merengek nak lampu-lampu yang ada juai kat situ...