Saturday, November 27, 2010

Double A

Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Ahmad Haikal memang duduk relaks di rumah. Memang setiap hari hari channel 616 tu wajib. Kadang berebut dengan Alesha yang lebih suka channel 613. Kalau ada ayahnya plak channel 811 dan seterusnya tu. Dah tu ummi dia takde favourite channel la, tak sempat nak jadikan favourite channel dah ditukar. Automatik.

Takpe...

Kiddos ni ada 'hari' nya... kalau diorang dari pagi tak berapa ngam memang sampai malam la. Sekejap abang nangis kemudian giliran adiknya plak. Rasanya rumah cujie ni paling bising. Kadang kalau tak tahan dah nak dengar diorang berebut toys... ambil toys yang direbut tu lempaqqq masuk bilik kemudian kunci pintu bilik. End up dedua pun nangis. Adil bukan? Tak yah sakitkan tangan atau sakitkan tekak...

Kadang tu bukan berebut mainan... takleh bersentuhan plak. Asal duduk sebelah menyebelah ada je tak kena. Bak mak cujie kata takleh bertemu bulu roma. Yang ni dok ngadu sempit la... yang ni kata nak tidur kaki dok terlunjur kat sorang lagi. Weh disaster tau... tapi jangan cakap banyak kena buat giliran siapa mengalah. Yang ni sorang kena duduk dengan ayah sorang lagi kena duduk dengan umminya. Jadi tak dekat-dekat... ummi dan ayah boleh duduk rapat-rapat.

Kalau hari baik... MasyaAllah. Sangat sayang menyayang. Buat apa pun nak berdua je. Makan pun nak satu pinggan. Yang ni rumah aman sentosa. Tapi keadaan rumah plak yang disaster sebab diorang dah sehati sejiwa menghuru-hara rumah. Dari hall sampai bilik... yang ni ummi diorang pening. Sejak kiddos boleh diharap... ummi diorang ni cakap je ayat 'kemasssssss' kuat sikit ada jerit sikit. Diorang kemas juga.

School holiday kali ni Ahmad Haikal agak mati kutu. The blue psp tu problem nak turn on... ni nak kena hantar pi Low Yat. The-piano-black-psp tu pula dia dah terdelete file untuk hack system. Jadi tak boleh nak main game... hari-hari kena baca satu buku. Buat ejaan sebelum tidur... kalau ayahnya pegi kuliah maghrib dia pun ikut sekali sekarang ni. Biar ajar dari kecil ikut ke masjid... nanti besar tak liat. Insyallah.

Alesha sekarang ni masih bergantung dengan diapers lagi. Ramai kata anak perempuan senang to teach them for toilet training... sama je. Kalau belum sampai seru... belum la maknanya. Ayat popular sekarang ni... sape tu... apa tu... belakang mesti ada 'tu'. Satu lagi... dulu elok je cakap 'fish' kebelakangan ni dia gabungkan 'fishkan' iaitu gabungan fish+ikan = fishkan.
Sayang diorang berdua. My world.

p/s : nak start masak dah... hubby ngidam nak makan sambal udang.

2 comments:

iswatie "colours of life" said...

suzi..sama lah kat rumah....but lega sikit coz diaorg sekolah sampai mid dec...but bali jer sekolah..aku rasa nak kurung ja dua org tuh dlm stor...hehehe

Cujie said...

haha watie,

kita tampal cellophane tape je...