Sunday, November 7, 2010

Dalam rumah ada pondok!

Dah dekat seminggu dah dok kemas-jadi balik-kemas dan jadi balik.

Ayah diorang yang melayan... siap pakai kerusi meja makan habis semua blanket digunakan bagi tujuan ini. Tapi sanggup tunjuk gambar ini sahaja untuk tatapan saudara saudari.

Siap bibik pun kena marah sebab kemas khemah. Tapi bila Ahmad Haikal pergi sekolah je bibik kemas... hehehe.
Teringat masa arwahyarhamah nenek pahang melayan kitorang masa kecik-kecik dulu. Main pondok-pondok... memula ingat nak beli kan khemah untuk kiddos but dua kali fikir diorang ni takat hangat-hangat tahi ayam lepas tu satu hal pula nak menyimpan khemah tu... kitorang biarkan. Proses pembesaran adatlah tu...
Jadi kalau korang rasa nak datang rumah ke hape... tolong beritahu seawal mungkin. Kalau tidak terpengsan-pengsan nanti.

2 comments:

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

comeynye main khemah2... mcm tau2 je ummi nak snap foto dia tu....
alahai cujie...erin ingat..qistina je yg buat pangai camni...
rupenye haikal pun sama...
tp qis skrang lebih kpd menyusun barang2 atas lantai buat mcm makcik2 nak meniaga kat pasarmalam...heii..mmg menguji kesabaran... penat sajelah kita mengemas...

Cujie said...

erin,
memang pun... ni pandang sebelah mata kadang buat tak nampak. Nanti kalau ummi dia dah mengamuk baru dia nak kemas.

Kita pun masa kecik gitu juga kan... heheh...