Monday, November 29, 2010

Bukan Puteri Lindungan Bulan

Yup dia bukan puteri lindungan bulan. Tapi dia umpama puteri bulan yang jatuh ke riba. Dialah penyeri hati kami semua. Dia as known as Alesha atau maksik Senah atau Dayang Senandung, buah hati kami semua.
Dia dah pandai minta baju princess. Main tunjuk je dapat... asal tak tunjuk toys yang entah apa-apa. Baju princess tu tak mahal pun... hanya sepuluh ringgit dapat sehelai. Bila dah bayar dia berusaha nak bawa sendiri beg plastik tu. Tak lupa juga kalau ke pasar malam mesti atau wajib kena beli nugget padahal kat rumah nugget tu most of the time ada. Mungkin tak sesedap yang pasar malam punya.
Kami berkeputusan nak kena beli lagi sehelai baju ala-ala princess ni. Sebabnya pakai-basuh-pakai-basuh lama-lama lusuh. Eloklah beli lagi sehelai sebelum jemu nengoknya.

Ini Bukan Puteri Lindungan Bulan yang paling sebenarnya. Lama disimpan... novel ini juga yang masih selamat dalam simpanan. Ada novel dipinjam tak dipulangkan. Sedih. Erm tapi dah lupa jalan ceritanya... yang pasti best. Kena baca balik semula.
Tebal kira-kira panjang sepanjang jari hantu... tebal gila hokey! Arwahyarham abah pernah perli kalaulah boleh baca Al-Quran tebal gitu dengan khusyuknya seperti membaca novel dan boleh menghabiskan Al-Quran dalam masa dua minggu seperti menghabiskan isi-isi novel tersebut alangkah bagusnya. Takut tau baca depan dia lagi lepas tu. Baca sorok-sorok dalam bilik. Membaca dekat hall memang tak reti bahasa la anak dia tu.
hehe malunya... tengok tulisan tangan waktu itu sempat lagi luah perasaan kat kulit buku. Cujie memang suka tulis tarikh, hari dan tempat di mana cujie beli sesuatu. Senang nak kenang semula suatu hari nanti. Umpamanya buku inilah... lama dah tenung... dua tiga kali dok ulang kedai buku tu. Telek belek... akhirnya jadi kepunyaan juga. Chewitttt...

No comments: