Friday, November 26, 2010

Angin pasang ~ Kipas tak pasang!

Okey kalau kat Malaysia ni kita sering dengan angin pasang... bukan air pasang ye. Yang dimaksudkan adalah sejenis penyakit yang lebih menyerang lelaki. Perempuan tu kadang-kadang... Kalau orang moden sekarang lebih mengenali penyakit ini dengan nama Hernia. Bukan adik beradik cerita Narnia tu.

Berbalik ke pangkal jalan... actually cujie tidak berapa tahu sangat tentang penyakit ini. Cuma tahu ia memang sakit kalau tidak tak perlu dipanggil penyakit bukan. Yang banyak kita tahu tu tentang angin pasang budak lelaki yang hidapi. Sebab itu mak selalu pesan suruh menjaga testis budak lelaki dengan menuam, menyapu jadam dan sentiasa pastikan yang budak lelaki berendam lama dalam air. Dan tidak boleh bersejuk-sejuk sangat...

Memang kita rasa amalan-amalan tu hanya digunakan oleh orang lama. Tetapi itulah yang mereka lakukan untuk mengelakkan penyakit hernia. Perkataan Hernia ini berasal dari Latin yang memberi maksud penonjolan isi dalam rongga melalui tisu yang nipis di dalam rongga tersebut. Penyakit hernia ini juga bahaya jika dibiarkan berlarutan dan boleh membawa maut.
beberapa jenis hernia dan kawasan yang terlibat

Bukan dikalangan dewasa sahaja yang berlaku malah bayi lelaki juga berisiko tinggi untuk mendapat hernia. Ini berlaku ketika masih dalam kandungan seawal 7 bulan. Anda boleh memeriksa bayi anda ketika dia menangis. Kebiasaannya benjolan tersebut dapat dilihat dengan muda ketika bersin, batuk dan menangis.

Rawatan bagi hernia ini hanyalah dengan pembedahan. Pada masa ini pembedahan secara laparoskopi boleh dilakukan. Pembedahan jenis ini tidak memerlukan penjagaan rapi selepas pembedahan malah pesakit cepat pulih.

Hernia juga mungkin boleh berulang kepada pesakit. Bagi mengelakkan penyakit ini berulang bagi perokok disarankan berhenti merokok. Elakkan batuk dan bersin yang kuat, jangan mengangkat bebanan yang berat dan elak sembelit untuk tidak meneran dengan kuat. Ini kerana otot-otot di bahagian yang dibedah mudah cedera dan boleh berulang.
Yang sebenarnya father in law akan menjalani pembedahan hernia pada hari Isnin ini di hospital Taiping. Mudah-mudahan pembedahan tersebut berjalan lancar dan ayah kembali sihat. Please doa for him.

No comments: