Wednesday, November 17, 2010

29th Hari Raya Aidiladha

Alhamdulillah sudah 29 tahun dimuka bumi Allah. Bekerja seperti biasa... ingat nak ambil juga leave memandangkan sehari sebelum hari raya. Tapi memandangkan takde apa sangat nak dibuat dirumah. Jadi kerja lagipun office pun ramai dah yang bercuti on that day. Kerja fullday...

Kalau tahun lepas hari yang sama cujie dok terlantar kat hospital dan celebrate dalam operation theater sebab etopic. Menggigil pakai baju OT sebab takut teramat sangat. Plak tu asyik terbayang lampu dalam OT je. Alhamdulillah setahun lagi tambah umur rupanya.

Cerita pasal hari ni... lepas solat subuh terus bangunkan kiddos dan ajak mandi. Ingat nak tinggalkan di rumah bibik yang tak jauh dari masjid. Tapi bila dah sampai depan umah Alesha tak nak masuk. Jadinya bawa juga la ke masjid... alhamdulillah kiddos well behave masa solat tadi. Khutbah raya pun best hari ni. Lepas solat singgah makan kat rumah bibik.

Balik je dari rumah bibik rasa mengantuk sangat plus perut tak berapa sedap pagi tadi. Mujur kiddos boleh main sendiri... boleh la pejam mata sekejap. Sementara tu hubby dah pegi masjid balik untuk melapah lembu. Ada 9 ekor lembu tahun ni...

My sisters datang tengahari bawa lemang dan rendang... beli. Maklumlah kakak diorang tak masak apa pun. Lepas zohor hubby balik... bawa daging korban. Sebelum tu jiran dah bagi dah seplastik. Hubby bawa lagi seplastik plus tulang lembu. Terlebih-lebih plak tahun ni... jadi seplastik tu ingat nak bagi kawan hubby.

Tulang tu selamat dah masak sup dan dagingnya cujie buat masak black pepper. Main campak je... tapi yang penting hubby makan tanpa komen. Sedap la tu kan... heheh. Alesha plak dah minta awal-awal nak makan daging rebus dengan mayonis. Macam kebab gitu... letak sos tomato sikit.
bukti memasakPerut pun still full lagi ni... alhamdulillah.

Thank you Allah. Terima kasih pada mak dan arwahyarham abah yang membesarkan cujie dari tapak kaki besar 2 jari sampai dah tak muat dah nak ukur dengan jari. Juga untuk hubby yang banyak membimbing cujie jadi isteri yang baik. Tak lupa pada adik-adik cujie yang dikasihi serta anak-anak yang hebat. Guru-guru yang memberikan cujie pelajaran yang berguna. Sahabat-sahabat yang ucapkan selamat melalui facebook dan sms. Saya tak sempurna tanpa kalian. Lurve you all.

No comments: