Tuesday, November 30, 2010

Kek Paddle Pop

a..hah! Ice-cream!!!
Nampak? Nampak? Ini aiskrim paddle pop... sedapkan. Sejuk je masuk tekak... tak perlu la aiskrim mahal-mahal kalau teringin makan aiskrim. Lama dah tak makan aiskrim paddle pop ni...
Tapi ini kek paddle pop. Actually ni kek marble... cemuih dah makan letak koko. Kali ni kita kasi warna warni letak choc chip and choc rice. Meriah sekali. Ahmad Haikal tak henti dok cakap terima kasih dan puji ummi sebab pandai buat kek. Dan jadi assistant ketika pembuatan kek dilakukan.
Hubby pun bawa sikit ke tempat kerja... sekejap je habis. Sorry guys... tengok je ye.

Monday, November 29, 2010

Bukan Puteri Lindungan Bulan

Yup dia bukan puteri lindungan bulan. Tapi dia umpama puteri bulan yang jatuh ke riba. Dialah penyeri hati kami semua. Dia as known as Alesha atau maksik Senah atau Dayang Senandung, buah hati kami semua.
Dia dah pandai minta baju princess. Main tunjuk je dapat... asal tak tunjuk toys yang entah apa-apa. Baju princess tu tak mahal pun... hanya sepuluh ringgit dapat sehelai. Bila dah bayar dia berusaha nak bawa sendiri beg plastik tu. Tak lupa juga kalau ke pasar malam mesti atau wajib kena beli nugget padahal kat rumah nugget tu most of the time ada. Mungkin tak sesedap yang pasar malam punya.
Kami berkeputusan nak kena beli lagi sehelai baju ala-ala princess ni. Sebabnya pakai-basuh-pakai-basuh lama-lama lusuh. Eloklah beli lagi sehelai sebelum jemu nengoknya.

Ini Bukan Puteri Lindungan Bulan yang paling sebenarnya. Lama disimpan... novel ini juga yang masih selamat dalam simpanan. Ada novel dipinjam tak dipulangkan. Sedih. Erm tapi dah lupa jalan ceritanya... yang pasti best. Kena baca balik semula.
Tebal kira-kira panjang sepanjang jari hantu... tebal gila hokey! Arwahyarham abah pernah perli kalaulah boleh baca Al-Quran tebal gitu dengan khusyuknya seperti membaca novel dan boleh menghabiskan Al-Quran dalam masa dua minggu seperti menghabiskan isi-isi novel tersebut alangkah bagusnya. Takut tau baca depan dia lagi lepas tu. Baca sorok-sorok dalam bilik. Membaca dekat hall memang tak reti bahasa la anak dia tu.
hehe malunya... tengok tulisan tangan waktu itu sempat lagi luah perasaan kat kulit buku. Cujie memang suka tulis tarikh, hari dan tempat di mana cujie beli sesuatu. Senang nak kenang semula suatu hari nanti. Umpamanya buku inilah... lama dah tenung... dua tiga kali dok ulang kedai buku tu. Telek belek... akhirnya jadi kepunyaan juga. Chewitttt...

Sunday, November 28, 2010

pecah rekod duduk dapur

Ok ok... nah tengok pudding milo dengan kuah kastard.
Pastu tengok plak ketam masak lemak... hehe.
Tukang masak rasa sedap... tukang makan pun kata sedap.
Marilah gemuk bersama-sama.

Keluar malam waktu winter

Semalam seharian duduk rumah plus hubby kerja balik lambat. Memula hubby kata dia balik lambat sebab nak cari computer box untuk kereta adik dia. Puas dah cari satu KL tak jumpa. Memula tertanya-tanya juga sampai Maghrib pun tak balik. Rupanya dia kerja... yelah risau tau. Mana tahu kan... bukan nak mendoakan tapi sebab sayang :))
while waiting hubby bersiap
nak pokok biru? merah? putih la...
Then he back on 10pm suruh siap. Nak bawa familinya berjalan-jalan makan angin. Tapi tak tau nak pergi mana malam macam gitu. Nak plak malam yang sejuk di musim winter. Hubby terus meluncur je bawa pi iCity... dia belum pernah pergi lagi. Ok la... bebudak pun happy tengok lampu cantik-cantik. Macam nak angkat sepokok nak letak depan beranda rumah. Melampau bukan?
si bujang yang bad mood takmo bergambar
Ok sampai je kat selekoh nak masuk iCity tu diorang minta RM2 untuk parking. Tapi budak yang kutip duit tu offer masuk rumah salji atau safari dengan RM10. Dia kata buka sampai pukul 3 pagi. Cujie memang dalam hati dah rasa macam pernah masuk. Tapi dulu free je. Waktu sampai tu dah pukul 11.30pm. Sampai je dekat atas... dah parking, keluarkan stroller Alesha. Hubby plak sibuk nak cari toilet... kiddos and cujie tunggu depan rumah salji tu. Memang betul pun... dulu free. Tiket RM10 tu boleh bawa masuk 5 orang sahaja. Before that ada satu tent dekat dengan logo bentuk bulat... situ pun ada jual tiket. Memula hubby tanya kat kaunter tu... memula dia kata tutup pukul 12tghmalam. Hubby suruh cujie plak tanya kot tak faham soalan. Cujie tanya rumah salji dan safari tu buka sampai pukul berapa sebab kat bahagian bawah cakap sampai pukul 3 pagi. Eh dia pun kata buka sampai 3 pagi.
hubby layan kiddos
Alesha sekarang kalau outing sibuk cari tudung... alhamdulillah
Tepat je pukul 12tghmalam rumah salji tu pun tutup. Tak ke mendatangkan kemarahan secara total. Bukan kitorang je... ramai la kat situ tercengang bila diorang tak kasi masuk dan nak tutup. Sedangkan masa jual tiket memasing kata sampai pukul 3 pagi. Tak ke menipu namanya. Nak lagi salah fakta ke hape... takkan diorang sibuk nak jual tiket walaupun masa tu dah pukul 11.50pm. Ramai yang masih dok beli. Takkan sempat nak pi ke rumah salji dalam masa 10 minit. Walaupun RM10 je... tapi bab tipu menipu ni memang paling dibenci.
sayang panda ni... siap diciumnya
the panda so cute... no?
sibuk nak naik panda tu...
naik juga akhirnya
Sekejap je pun kat sana... Alesha je yang sibuk nak bergambar. Ingat nak singgah A&W kat Amcorp Mall bila toleh belakang Ahmad Haikal dah senyap tidur. Takpelah... kita terus balik.
ni nak balik dah... last pic

Saturday, November 27, 2010

Double A

Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Ahmad Haikal memang duduk relaks di rumah. Memang setiap hari hari channel 616 tu wajib. Kadang berebut dengan Alesha yang lebih suka channel 613. Kalau ada ayahnya plak channel 811 dan seterusnya tu. Dah tu ummi dia takde favourite channel la, tak sempat nak jadikan favourite channel dah ditukar. Automatik.

Takpe...

Kiddos ni ada 'hari' nya... kalau diorang dari pagi tak berapa ngam memang sampai malam la. Sekejap abang nangis kemudian giliran adiknya plak. Rasanya rumah cujie ni paling bising. Kadang kalau tak tahan dah nak dengar diorang berebut toys... ambil toys yang direbut tu lempaqqq masuk bilik kemudian kunci pintu bilik. End up dedua pun nangis. Adil bukan? Tak yah sakitkan tangan atau sakitkan tekak...

Kadang tu bukan berebut mainan... takleh bersentuhan plak. Asal duduk sebelah menyebelah ada je tak kena. Bak mak cujie kata takleh bertemu bulu roma. Yang ni dok ngadu sempit la... yang ni kata nak tidur kaki dok terlunjur kat sorang lagi. Weh disaster tau... tapi jangan cakap banyak kena buat giliran siapa mengalah. Yang ni sorang kena duduk dengan ayah sorang lagi kena duduk dengan umminya. Jadi tak dekat-dekat... ummi dan ayah boleh duduk rapat-rapat.

Kalau hari baik... MasyaAllah. Sangat sayang menyayang. Buat apa pun nak berdua je. Makan pun nak satu pinggan. Yang ni rumah aman sentosa. Tapi keadaan rumah plak yang disaster sebab diorang dah sehati sejiwa menghuru-hara rumah. Dari hall sampai bilik... yang ni ummi diorang pening. Sejak kiddos boleh diharap... ummi diorang ni cakap je ayat 'kemasssssss' kuat sikit ada jerit sikit. Diorang kemas juga.

School holiday kali ni Ahmad Haikal agak mati kutu. The blue psp tu problem nak turn on... ni nak kena hantar pi Low Yat. The-piano-black-psp tu pula dia dah terdelete file untuk hack system. Jadi tak boleh nak main game... hari-hari kena baca satu buku. Buat ejaan sebelum tidur... kalau ayahnya pegi kuliah maghrib dia pun ikut sekali sekarang ni. Biar ajar dari kecil ikut ke masjid... nanti besar tak liat. Insyallah.

Alesha sekarang ni masih bergantung dengan diapers lagi. Ramai kata anak perempuan senang to teach them for toilet training... sama je. Kalau belum sampai seru... belum la maknanya. Ayat popular sekarang ni... sape tu... apa tu... belakang mesti ada 'tu'. Satu lagi... dulu elok je cakap 'fish' kebelakangan ni dia gabungkan 'fishkan' iaitu gabungan fish+ikan = fishkan.
Sayang diorang berdua. My world.

p/s : nak start masak dah... hubby ngidam nak makan sambal udang.

Friday, November 26, 2010

Angin pasang ~ Kipas tak pasang!

Okey kalau kat Malaysia ni kita sering dengan angin pasang... bukan air pasang ye. Yang dimaksudkan adalah sejenis penyakit yang lebih menyerang lelaki. Perempuan tu kadang-kadang... Kalau orang moden sekarang lebih mengenali penyakit ini dengan nama Hernia. Bukan adik beradik cerita Narnia tu.

Berbalik ke pangkal jalan... actually cujie tidak berapa tahu sangat tentang penyakit ini. Cuma tahu ia memang sakit kalau tidak tak perlu dipanggil penyakit bukan. Yang banyak kita tahu tu tentang angin pasang budak lelaki yang hidapi. Sebab itu mak selalu pesan suruh menjaga testis budak lelaki dengan menuam, menyapu jadam dan sentiasa pastikan yang budak lelaki berendam lama dalam air. Dan tidak boleh bersejuk-sejuk sangat...

Memang kita rasa amalan-amalan tu hanya digunakan oleh orang lama. Tetapi itulah yang mereka lakukan untuk mengelakkan penyakit hernia. Perkataan Hernia ini berasal dari Latin yang memberi maksud penonjolan isi dalam rongga melalui tisu yang nipis di dalam rongga tersebut. Penyakit hernia ini juga bahaya jika dibiarkan berlarutan dan boleh membawa maut.
beberapa jenis hernia dan kawasan yang terlibat

Bukan dikalangan dewasa sahaja yang berlaku malah bayi lelaki juga berisiko tinggi untuk mendapat hernia. Ini berlaku ketika masih dalam kandungan seawal 7 bulan. Anda boleh memeriksa bayi anda ketika dia menangis. Kebiasaannya benjolan tersebut dapat dilihat dengan muda ketika bersin, batuk dan menangis.

Rawatan bagi hernia ini hanyalah dengan pembedahan. Pada masa ini pembedahan secara laparoskopi boleh dilakukan. Pembedahan jenis ini tidak memerlukan penjagaan rapi selepas pembedahan malah pesakit cepat pulih.

Hernia juga mungkin boleh berulang kepada pesakit. Bagi mengelakkan penyakit ini berulang bagi perokok disarankan berhenti merokok. Elakkan batuk dan bersin yang kuat, jangan mengangkat bebanan yang berat dan elak sembelit untuk tidak meneran dengan kuat. Ini kerana otot-otot di bahagian yang dibedah mudah cedera dan boleh berulang.
Yang sebenarnya father in law akan menjalani pembedahan hernia pada hari Isnin ini di hospital Taiping. Mudah-mudahan pembedahan tersebut berjalan lancar dan ayah kembali sihat. Please doa for him.

Tuesday, November 23, 2010

Stop Child Abuse

unicef
Masih ingat dengan entry tentang Baby P? Seorang bayi yang berumur 1 tahun 5 bulan yang didera sehingga membawa kepada kematian tragis.

Penderaan kanak-kanak diklasifikasi kepada 4 iaitu pengabaian 'neglect', penderaan secara fizikal 'physical abuse', penderaan emosi 'psychological/emotional abuse' dan penderaan seksual 'sexual abuse'.

Pengabaian
Lumrah bagi seorang bayi sehingga kanak-kanak memerlukan kasih sayang. Malah bukan itu sahaja penyediaan dari segi keperluan seperti baju, makanan serta kebersihan juga perlu. Pendidikan dan perubatan juga perlu diambil berat. Terdapat beberapa kes dimana seorang kanak-kanak dilaporkan hilang sebenarnya disembunyikan oleh ibubapa di bahagian bawah tanah rumah mereka. Kanak-kanak ini dibiarkan hidup sendirian tanpa cahaya atau makanan. Sehingga ada yang mengikut kelakuan seperti apa yang dilihat semasa tempoh pembesarannya. Ada yang tidak tahu berjalan dengan sebetulnya dengan mengikut cara anjing atau kucing berjalan.
seorang kanak-kanak yang diabaikan dan didera secara fizikal

Penderaan fizikal
Penderaan yang paling banyak dilaporkan. Kebanyakkan kes kematian dilaporkan kerana penderaan fizikal. Kisah baby P juga lebih kepada penderaan fizikal. Di Malaysia juga sudah banyak kes yang dilaporkan di televisyen dan surat khabar. Contohnya pada 27 Februari 2010, kes Syafia Humairah, 3 tahun mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Kanak-kanak tersebut ditampar, ditendang di perut beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah keseluruhan badan.
jenazah Syafia diusung ke tanah perkuburan
pic source : google

Sebelum ini pada 21 oktober 2009 seorang kanak-kanak berusia 3 tahun mati didera, dirogol dan diliwat oleh teman lelaki ibunya berbangsa Afrika. Ibu yang tidak selayaknya bergelar ibu itu bersekongkol dengan teman lelakinya dan melaporkan konon anaknya didera sehingga mati oleh pembantu rumah mereka. Padahal mereka tidak pernah mempunyai pembantu rumah pun.

Penderaan seksual
Penderaan seksual ini adalah melibatkan rogol, liwat atau cabul kanak-kanak. Penderaan ini kebanyakkan memberi kesan mental kepada mangsa. Kes penderaan seksual ini pernah dilaporkan di Austria yang mendapat liputan hebat. Ini kerana seorang bapa yang mengurung anak perempuannya di bawah tanah dan dirogol sehingga melahirkan 7 orang anak. Elisabeth yang dikurung sejak berumur 11 tahun tidak pernah keluar dari kurungan selama 24 tahun. Kes ini terbongkar apabila salah seorang anak Elisabeth sakit tenat sehingga Josef iaitu bapa Elisabeth yang mengurung dan merogol terpaksa membawanya ke hospital. Elisabeth dan anak-anaknya kini sedang menjalani rawatan psikologi.
Kakitangan media semalam berkumpul di luar bangunan yang mencetuskan kisah gempar di Amstetten. Gambar kecil - Josef Fritzl

Penderaan emosi

Penderaan jenis ini adalah termasuk dengan panggilan nama yang boleh memalukan mangsa, mengejek, merendahkan martabat, merosakkan barang kesayangan seseorang, mendapat kritikan yang hebat sehingga menjejaskan emosi. Ini menyebabkan mangsa akan murung dan menyisih dari masyarakat.
mengejek juga satu penderaan emosi

Cujie memang mengecam sekeras-kerasnya kes penderaan ini. Malah mahu kerajaan memberi hukuman yang lebih berat lagi. Setimpal dengan apa yang dilakukan oleh pesalah yang kejam tanpa belas kasihan terhadap mangsa mahupun anaknya sendiri. Ajarilah anak kita dengan kasih sayang serta didikan agama. Anak-anak kita inilah yang akan membela nasib kita kemudian hari, Insyallah.

Hentikan penderaan kanak-kanak!


Di suatu petang yang lain

Masih ingat picture yang sangat oren sebelum ini. Kali ini warna oren tu blend dengan warna biru. Kalau tengok dengan mata sendiri, subhanallah sangat cantik. Tapi kalau masa kecik dulu arwahyarham abah tak bagi kitorang keluar rumah waktu senja nak lagi tengah remang merah tu. Picture was taken on 21st Nov 2010.
Kiddos pun sama sibuk bila ummi dia nak snap waktu senja yang oren.

Sunday, November 21, 2010

petit petit muse

Lepas je sapu dan mop rumah on tv. Tetiba hati macam rindu nak tengok korean drama. Apa lagi KBS world la... isk cerita cartoon plak. Meh tengok jap. Animasi sangat cantik macam Japan juga la cartoon nya. Karektor semua cantik-cantik dan handsome. Tapi bila marah atau sedih... mimik muka langsung berubah jadi hodoh. Hehe... masih suka juga.
Ceritanya mengisahkan sepasang kembar iaitu Ara & Ari. Sorang nak jadi model dan sorang lagi nak jadi fashion designer. Kedua-duanya dah terminat pada lelaki yang sama. Pastu ada plak macam rabbit... ini tahap merepek sikit. Tapi masih suka juga. Rabbit tu ada kuasa magic... ini pun masih suka juga. Yorang namanya... cute. Di akhir cerita siap ada tips... tips hari ni kalau chewing gum terlekat di rambut, ambil ais dan gosok sampai chewing gum tersebut keras. Kemudian tanggalkan dari rambut.

Siapa yang otak cartoon... bolehlah tengok setiap Ahad, 7.53am. Kalau diberi peluang la... bahasa ketiga nak belajar adalah bahasa korea. Hehe...

Saturday, November 20, 2010

torn into two

Almost two days after got the news from mak kampung about the wedding of my SIL. Hati pun hot je bila ingat-ingat balik. Yeah happy thoughts... tapi geram juga. The wedding will be set one day after my sister wedding.

Walaupun my sis punya wedding will be catered by catering and the wedding will be held at Kuala Lumpur not in JB. Tapi sure penat... and I need a break and also nak juga kemas rumah. For sure rumah akan disaster punya sebab sibuk ke hulur ke hilir for the preparation. Maybe there are still relatives in the house. Tak kan nak tinggal balik ke Batu Kurau biar diorang terkontang kanting in KL.

Insyallah my sisters' wedding on Feb. Hari Khamis... and SILs' wedding pula hari sabtu then tomorrow belah lelaki. Mesti solemnization ceremony on Friday night. Ke nak biar hubby balik sorang diri... atau balik hari Jumaat belah malam. Hish pening... gerammmmmmm... padahal dah bilang awal-awal takut clash dengan my sis punya date. Kalau boleh nak sampai hari kenduri je masa SIL wedding biar ikut rombongan lelaki sampai nanti.

Dua-dua pun adik. Sama berat. Sama besar tanggungjawab.

Dilema.

kalau pilih yang mana satu... senang! dedua akan di ngap

Thursday, November 18, 2010

Buat baik dibalas cake!

On tuesday tu puasa hari Arafah... Aisyah, officemate pun puasa juga. Tahun ni parents dia buat Ibadah Haji jadinya dia jadi kakak tunggal menjaga adik-adiknya. Memandangkan dia puasa juga jadi cujie tapaukan kek coklat moist. Sepatutnya cujie bawa cake coklat tu hari Isnin tapi terlampau sibukkan Ahmad Haikal punya bahagian yang nak dibawa ke sekolah sempena party nak long holiday, langsung lupa bahagian cujie yang nak dibawa ke office.
Hari ni Aisyah hulurkan tupperware cujie tu... berisi kek lapis. Terror dan sabarnya buat kek lapis siap warna warni ada letak cadbury coklat. SEDAP. Terima kasih Aisyah... siap balas-balas pula ya.
Alesha je yang ngap sorang... terkebil-kebil cujie.