Tuesday, October 5, 2010

Serangan Nyamuk

Ingat entry ini mengenai penyembur hebat itu…

Malam yang sama cujie juga merajinkan diri untuk spray nyamuk di dalam bilik beberapa jam sebelum masuk tidur. Bagi melindungi suami dan anak-anak dari gigitan nyamuk. Takut juga dari gigitan nyamuk itu bakal menjadi lebih mudarat. Tapi bukan menggunakan penyembur hebat itu...

Alesha merengek tak tidur nyenyak. Hubby pula belum masuk tidur lagi melayan arsenal vs Chelsea. Alesha dok tergaru-garu macam gatal sangat. Cujie dah geram ngan Alesha dok sok sek sok sek...

Terus bangun suruh hubby tengokkan anak dara dia yang dari awal tidur tadi dok merengek. Nak kata panas ayahnya dah buka aircond awal-awal. Masa hubby masuk bilik Alesha dah duduk atas katil. Hubby buka lampu…
NYAMUK dok bersimpang siur berterbangan di udara. Siap ada yang dah kenyang dok menempek kat dinding. Nak terbang pun macam tak larat dah… boyot-boyot perut memasing. Hubby terus pergi bilik sebelah ambil blanket tebal dan bentangkan kat hall. Then terus dukung anaknya satu persatu letak atas blanket tadi. Cujie pula dah siap dengan spray nyamuk.

Then hubby ambil alih menyembur sebuah bilik... dan hasilnya bergelipang bangkai nyamuk. Ada lebih kurang 30 ekor... penuh atas lantai. Kalau pijak lantai memang terpijak-pijak bangkai nyamuk tersebut. Cujie sapu vapor balm untuk melegakan kegatalan. Dalam hati nyamuk yang kejam atau cujie and hubby yang kejam... :))

2 comments:

Liyana Lunia. said...

ciannyaaa alesha T________T

tak tak, kak cujie tak kejam ;p

Cujie said...

ni yang makin cayang yiyin ni..
nanti akak masak-masak makan kat umah eh...